Monday, January 31, 2022

CADANGAN KEAMANAN TAHUNAN PEMIMPIN BUDDHA MENEKANKAN MARUAH MANUSIA DAN PERLUCUTAN SENJATA NUKLEAR

 TOKYO, 31 Jan., 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/--


Ahli falsafah Buddha dan pembina keamanan Daisaku Ikeda, presiden bagi Soka Gakkai International (SGI), telah mengeluarkan cadangan keamanan tahunan beliau ke-40 pada 26 Januari, 2022. Bertajuk “Mengubah Sejarah Manusia: Cahaya bagi Keamanan dan Maruah,” ia menawarkan idea-idea konkrit untuk menangani krisis iklim dan mencapai pendidikan inklusif dan pelucutan senjata nuklear.

Duta Besar Anwarul K. Chowdhury, bekas Setiausaha Agung Rendah PBB dan Wakil Tinggi dan pengasas bagi Pergerakan Global untuk Budaya Keamanan, mengulas: “Saya tidak tahu mana-mana orang yang telah menonjolkan peranan dan tanggungjawab Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu secara konsisten, tanpa henti dan secara substantif untuk satu tempoh jangka masa yang begitu lama seperti yang dilakukan oleh Presiden Ikeda. Sepanjang 40 tahun yang lalu, cadangan keamanan tahunan beliau telah mengandungi idea dan cadangan yang bernas untuk kebaikan manusia sejagat. Saya digalakkan beliau telah menonjolkan pemerkasaan manusia sebagai satu elemen utama di dalam membina Budaya Keamanan.”

Berkenaan tindak balas manusia terhadap pandemik itu, Ikeda menggesa kepada perpaduan yang dibina di atas kesedaran tentang kesalinghubungan kita dan menyatakan: “Saya yakin dengan tegas bahawa faktor utama yang menentukan hala tuju sejarah akan terbukti bukan mengenai virus itu, tetapi kita manusia sendiri.”

Beliau menekankan keperluan untuk menangani ketidaksamaan yang telah didedahkan oleh pandemik itu, dan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita adalah kunci untuk mengatasi krisis itu dan membina sebuah masyarakat global yang mengekalkan maruah manusia.

Mengenai isu alam sekitar, Ikeda menggesa agar usaha yang lebih diselaraskan dalam melaksanakan Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim, Konvensyen Mengenai Kepelbagaian Biologi dan Konvensyen untuk Membanteras Penggurunan, dengan menyatakan: “Perubahan iklim, kepelbagaian biologi dan penggurunan adalah saling berkait rapat, dan penyelesaian juga saling berhubungan.”

Beliau juga mencadangkan untuk mewujudkan sebuah majlis belia untuk menasihati PBB mengenai perlindungan menyeluruh bagi “sumber daya global”, sumber alam sekitar yang penting bagi kemanusiaan sejagat.

Prihatin tentang kesan gangguan kepada pendidikan, Ikeda mencadangkan agar Sidang Kemuncak Transformasi Pendidikan PBB yang dirancang pada September memberi tumpuan kepada pendidikan dalam keadaan kecemasan, pendidikan yang inklusif dan pembelajaran untuk kewarganegaraan global.

Menjelang mesyuarat pertama bagi Negara-negara Berpihak kepada Perjanjian PBB mengenai Larangan Senjata Nuklear (TPNW) yang dijadualkan pada Mac, Ikeda menekankan keperluan mendesak untuk “menyahtoksik” diri kita daripada doktrin keselamatan yang bergantung kepada nuklear dan menyeru dengan tegas agar Jepun, negara-negara lain yang bergantung kepada nuklear dan negara-negara yang mempunyai senjata nuklear untuk mengambil bahagian sebagai pemerhati, dengan menyatakan: “Ketika lebih banyak negara yang pada masa ini merasakan mereka tidak boleh menandatangani atau meratifikasikan TPNW mula untuk secara positif mengakui nilai dan kepentingannya yang sebenar, saya yakin ini akan memangkinkan tenaga dan kehendak politik yang diperlukan untuk menamatkan era senjata nuklear.”

Soka Gakkai adalah sebuah organisasi agama Buddha berasaskan komuniti global yang menggalakkan keamanan, budaya dan pendidikan berasaskan kepada penghormatan terhadap maruah kehidupan. Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dalam status perundingan dengan ECOSOC PBB. Setiap tahun, Presiden SGI Ikeda telah mengeluarkan satu cadangan keamanan pada 26 Januari sempena memperingati penubuhan SGI pada 1975.
 
Sumber: Soka Gakkai
 
Hubungi:
Joan Anderson
Pejabat Antarabangsa bagi Penerangan Awam
Soka Gakkai
+81-80-5957-4733
anderson[at]soka.jp

No comments:

Post a Comment