Thursday, January 6, 2022

EZEK MELANCARKAN JENAMA REKA BENTUK TERBAHARU JAY PHANTA BEAR NFT UNTUK MELANGKAH MASUK KE DALAM PASARAN BLOK RANTAI GLOBAL

(Foto: Business Wire)


TAIPEI, Taiwan, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada tahun 2021, kerjasama di antara selebriti dan NFT sebenarnya menjadi semakin kerap di dalam industri hiburan global, setelah Mandopop King Jay, yang membantu untuk mengumpul sejumlah 846 juta HKD (109 juta USD) dalam lelongan Sotheby, telah baru-baru ini mengorak langkah! Pada 31 Disember, Jay berkata beliau telah menerima sebuah “hadiah NFT istimewa yang pertama”.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211231005077/en/

Platform Ezek itu, yang diasaskan oleh Will Liu & Mark G, bersama-sama dengan Ed Ow (perintis bagi teknologi NFT dan Kripto untuk HTC dan FullDive) dan pengeluar Johnson Chiang, akan juga mengumumkan pelancaran bagi Phanta Bear NFT pada 1 Januari 2022 di laman web rasmi mereka. Pengeluaran di peringkat global adalah terhad kepada 10,000 unit sahaja!


No comments:

Post a Comment