Thursday, January 13, 2022

SKYDRIVE MEMPERKENALKAN KENDERAAN TERBANG SIFAR BAHAN BUANGAN ULTRA KOMPAK DI CES 2022

LAS VEGAS, Nevada dan TOKYO, 12 Jan (Bernama) -- 

Pada CES (R) 2022 (5-7 Jan), SkyDrive – sebuah syarikat permulaan teknologi aero yang berpangkalan di Tokyo – memperkenalkan kenderaan terbang ultra ringan dan kompak mereka, Model SD-03, yang telah menamatkan ujian untuk penerbangan yang dipandu oleh manusia . Ini adalah kali pertama syarikat itu mempamerkan SD-03 berskala penuh mereka di negara-negara selain Jepun.

Orang ramai dari seluruh dunia mengambil tempat duduk juruterbang SD-03 berskala penuh:
https://kyodonewsprwire.jp/release/202112235440?p=images
 
Kereta terbang SkyDrive direka bentuk untuk berlepas dan mendarat secara menegak dengan kestabilan yang luar biasa dan kenderaan elektrik sifar bahan buangan ini membolehkan pengangkutan rumah ke rumah yang pantas dan selamat ke mana sahaja, termasuk kegunaan untuk penyelamatan kecemasan. Model SD-05 kini sedang dibangunkan dan dilihat sebagai sebuah teksi udara untuk Ekspo Dunia 2025 di Osaka. SkyDrive baru-baru ini bergerak maju ke arah pengkomersialan dengan penerimaan kementerian pengangkutan Jepun bagi permohonan sijil jenis mereka untuk SD-05 -- satu pencapaian penting yang belum pernah dicapai oleh pemaju kenderaan terbang yang lain di Jepun.

“Model SD-03 itu adalah kemuncak bagi kepakaran kami dalam teknologi dron dan kejuruteraan aerodinamik. Apa yang kami mahu lihat pada masa hadapan ialah kenderaan sifar bahan buangan SkyDrive berlepas dan mendarat di tempat letak kereta anda dan di helipad di atas bangunan, menjadikan perjalanan udara dari rumah ke rumah satu pilihan yang realistik bagi pengangkutan harian di bandar,” kata Ketua Pegawai Operasi SkyDrive Takehiro Sato. “Kami sedang bekerja lebih keras dan lebih cepat daripada sebelumnya untuk menjadikan revolusi pergerakan sekali dalam satu abad ini satu realiti.” 

No comments:

Post a Comment