Friday, January 21, 2022

MCAFEE BERTERUSAN MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN DALAM TALIAN TERKEMUKA KEPADA PENGGUNA

Dengan dunia digital yang berkembang dengan begitu pesat, McAfee berdiri teguh bersama pengguna untuk menyampaikan penyelesaian perlindungan dalam talian yang terkemuka

SAN JOSE, Calif., 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, McAfee Corp. (NASDAQ: MCFE, “McAfee”), sebuah peneraju dunia di  dalam perlindungan dalam talian, menyediakan satu kemas kini berhubung penawaran pengguna pure-play mereka dan penyahlaburan bagi perniagaan perusahaan mereka yang diumumkan sebelum ini.

Pada Julai 2021, McAfee melengkapkan penjualan bagi perniagaan perusahaan mereka. Urus niaga ini membolehkan McAfee untuk menumpukan perhatian khusus kepada perniagaan pengguna mereka dan mempercepatkan strategi mereka untuk menjadi peneraju di  dalam perlindungan dalam talian untuk pengguna.

“McAfee terus berusaha melindungi privasi, keselamatan dan identiti pengguna kami ketika dunia digital berkembang dengan begitu pesat,” kata Gagan Singh, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Hasil dan Produk, McAfee. “Kami terus berpendirian teguh bahawa perlindungan yang bermakna adalah satu hak peribadi untuk pengguna dan telah baru-baru ini melancarkan kemas kini utama dan yang pertama dalam industri, termasuk Perlindungan Menyeluruh dan Skor Perlindungan McAfee, yang mengawasi pengguna dalam talian, termasuk privasi dan identiti mereka.”

Perniagaan McAfee Enterprise telah dibeli oleh Kumpulan Symphony Technology (STG). STG mengumumkan pada penghujung tahun lalu bahawa ia telah juga membeli FireEye, sebuah syarikat keselamatan berasingan yang diterajui risikan. STG baru-baru ini mengumumkan pelancaran Trellix, perniagaan yang baru muncul daripada gabungan baru-baru ini di antara McAfee Enterprise dan FireEye.

MCAFEE BERTERUSAN MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN DALAM TALIAN TERKEMUKA KEPADA PENGGUNA

No comments:

Post a Comment