Saturday, January 15, 2022

PEMENANG BAGI CABARAN PERBATASAN FESYEN TOMMY HILFIGER DIIKTIRAF KERANA MEMACUKAN INOVASI SOSIAL DAN KETERANGKUMAN DI DALAM INDUSTRI FESYEN




Panel juri itu, termasuk pembuat perubahan Yara Shahidi dan Encik Tommy Hilfiger, menganugerahkan €200,000 dan pakej hadiah bimbingan kepada syarikat permulaan Rwanda dan Belanda untuk menyokong usaha mereka membentuk semula landskap fesyen.


AMSTERDAM, 14 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacitanya mengumumkan Lalaland dan UZURI K&Y sebagai pemenang bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger ketiga, satu program global khusus yang direka untuk mencari dan menyokong idea yang membawa kepada sebuah landskap fesyen yang lebih inklusif. Acara maya akhir bagi program itu berlangsung pada 12-13 Januari, di mana enam finalis mengemukakan konsep mereka kepada sebuah panel juri yang berprestij. Pemenang akan berkongsi dana hadiah sebanyak €200,000 dan menerima bimbingan selama satu tahun dengan pakar-pakar dalaman daripada Tommy Hilfiger dan dari INSEAD — satu daripada sekolah perniagaan siswazah terkemuka dan terbesar di dunia. Mereka juga mendapat tempat dalam program INSEAD yang membawa manusia, budaya dan idea bersama untuk memupuk pemimpin yang berinovatif.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220113005825/en/

Lebih daripada 430 syarikat permulaan dan yang meningkat naik dari 22 buah negara telah mengemukakan idea mereka pada Januari 2021 untuk inisiatif ini, yang menyuarakan visi kelestarian Tommy Hilfiger kepada Tidak Membazir dan Mengalu-alukan Semua. Program tahun ini khususnya berusaha untuk menguatkan dan menyokong usahawan Kulit Hitam, Penduduk Asli dan Orang yang Kulit Berwarna (BIPOC) yang berusaha untuk memajukan komuniti mereka, dan pada masa yang sama memupuk satu masa depan yang lebih inklusif untuk industri fesyen. Buat pertama kalinya, peminat jenama TOMMY HILFIGER dapat mengambil bahagian di dalam fasa awal cabaran itu, di mana mereka mengundi secara digital untuk membantu mengecilkan permohonan bagi mengenal pasti peserta akhir. Bersama-sama rakan Tommy Hilfiger di acara akhir, mereka juga dijemput untuk mengundi bagi pilihan kegemaran mereka untuk memberikan tambahan €15,000 kepada seorang daripada  finalis itu.

“Cabaran yang memperkasakan ini menghimpunkan individu yang bersemangat dan bekerja keras dengan idea baharu tentang cara bagaimana mencipta sebuah masa depan bagi fesyen yang boleh kita semua nantikan,” kata Tommy Hilfiger. “Ia adalah satu acara akhir yang mengagumkan, dan saya berbangga untuk meneruskan perjalanan ini bersama usahawan yang mengemukakan penyelesaian yang berinovatif dan berkesan yang mencabar cara kita berfikir, membina dan mencipta.”

Lalaland, sebuah platform yang berpangkalan di Belanda yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menjanakan model sintetik tersuai dan inklusif daripada pelbagai etnik, telah dianugerahkan €100,000. “Mencipta teknologi yang memacukan platform e-dagang yang lebih inklusif dan pelbagai adalah teras kepada visi kami di Lalaland,” kata Michael Musandu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Lalaland. “Menjadi sebahagian daripada Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger membawa pandangan yang luar biasa dan akan meningkatkan penyelesaian A.I. kami untuk menjangkau lebih ramai orang daripada yang kami bayangkan. Melalui pencapaian ini, pasukan kami tidak sabar untuk memperkasakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mengalu-alukan, jadi tiada pengguna yang berasa kurang diwakili.”

UZURI K&Y, sebuah jenama kasut mesra alam yang berpangkalan di Rwanda yang menggunakan tayar kereta yang dikitar semula dari sub-Sahara Afrika dan menggajikan belia tempatan, telah turut dianugerahkan €100,000. “Kami berbesar hati kerana dinamakan sebagai sebuah pemenang bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger,” kata Kevine Kagirimpundu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif UZURI K&Y. “Peluang ini telah menyediakan bimbingan, bimbingan strategik, dan memberikan kepada kami sebuah platform untuk berkongsi impian kami untuk membawa pilihan kasut mapan dari Afrika ke pasaran global. Kami berdedikasi untuk memacukan impak sebenar dan memberikan inspirasi kepada belia hari ini untuk mencipta sebuah masa depan yang lebih bersih.”

Clothes to Good, sebuah perusahaan sosial yang berpangkalan di Afrika Selatan yang mewujudkan peluang perniagaan mikro dan pekerjaan untuk orang kurang upaya melalui kitar semula tekstil, telah dianugerahkan €15,000. “Kami berasa bertuah kerana diiktiraf oleh penonton Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger, ia adalah satu pengalaman yang tidak akan kami lupakan,” kata Tammy Greyling, Pengarah Operasi dan Ahli Terapi Pekerjaan di Clothes to Good. “Perasaan yang sungguh merendahkan diri apabila mengetahui orang lain percaya pada impian kami untuk benar-benar membuat perubahan bagi orang kurang upaya dan keluarga mereka. Menerima anugerah ini akan memperkasakan Clothes to Good untuk terus mencipta perniagaan mikro dan peluang pekerjaan melalui kitar semula tekstil daripada masyarakat Afrika Selatan."

Juri yang menyelia acara akhir Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger itu termasuk:
  • Encik Tommy Hilfiger
  • Martijn Hagman, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah
  • Yara Shahidi, pelakon, penerbit dan ejen perubahan yang memenangi anugerah
  • Esther Verburg, Naib Presiden Eksekutif, Perniagaan dan Inovasi Mapan, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah
  • Adrian Johnson, Usahawan, Profesor Adjung bagi Keusahawanan, Teknologi dan Media di INSEAD
  • Katrin Ley, Pengarah Urusan bagi Fashion for Good dan Kurator Pengasas bagi Amsterdam Global Shapers Hub
  • Yvonne Bajela, ahli pengasas dan prinsipal di firma pelaburan Impact X Capital
 
Permohonan untuk bahagian keempat bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger akan dibuka pada Mac 2022. Usahawan yang berminat untuk menerima maklumat lanjut dijemput untuk mendaftar di sini: https://platform.younoodle.com/competition/thffc_2022.

Misi Tommy Hilfiger adalah untuk menjadi sebuah syarikat gaya hidup pereka mapan terkemuka yang Tidak Membazir dan Mengalu-alukan Semua, melalui cara ia mencipta produknya, menguruskan operasinya dan berhubung dengan komuniti dan pemegang kepentingan. Maklumat lanjut tentang perjalanan kelestarian Tommy Hilfiger, yang dikuasakan oleh strategi Fesyen ke Hadapan PVH, boleh didapati di https://responsibility.pvh.com/tommy/.

Maklumat lanjut tentang Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger tersedia di sini: https://responsibility.pvh.com/tommy/fashion-frontier-challenge/.

Rakan dan pengikut jenama itu dijemput untuk menyertai perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger dan @TommyHilfiger.

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan gaya hidup pereka berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah dalam mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki dan pakaian sukan yang mengikut potongan badan yang berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk gaya hidup pelengkap seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian renang, stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus terkemuka dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen yang paling dikagumi dan terbesar di dunia, yang menghubungkan dengan pengguna di lebih 40 buah negara. Jenama ikonik global kami termasuk Calvin Klein  dan  TOMMY HILFIGER.  Sejarah kami selama 140 tahun dibina di atas kekuatan jenama kami, pasukan kami dan komitmen kami untuk memacukan fesyen ke hadapan. Itulah Kuasa Kita. Itulah Kuasa PVH.

Ikuti kami di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15469

No comments:

Post a Comment