Friday, January 14, 2022

FIRMA PELABURAN TEKNOLOGI RECOGNIZE MENUTUP DANA PERTUMBUHAN $1.3 BILION; MELENGKAPKAN TIGA PELABURAN STRATEGIK

 Diketuai oleh sebuah pasukan profesional teknologi dan pelaburan yang berpengalaman— , Raj Mehta, Charles Phillips dan David Wasserman— Recognize akan melabur di dalam dan bekerjasama dengan usahawan dan pengasas untuk membina syarikat perkhidmatan teknologi generasi akan datang yang berbeza


NEW YORK, 14 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Recognize, sebuah platform pelaburan teknologi yang tertumpu secara khusus kepada industri perkhidmatan teknologi bernilai $2 trilion, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan kira-kira $1.3 bilion untuk dana sulung mereka. Dengan teknologi disruptif mendorong perusahaan untuk membayangkan semula model operasi mereka, Recognize berusaha untuk bekerjasama dengan firma perkhidmatan teknologi generasi akan datang untuk menterjemahkan inovasi ini kepada nilai perniagaan.

Recognize berusaha untuk menjadi sebuah platform yang pertama seumpamanya, menghubungkan usahawan teknologi dan pengasas yang penuh inspirasi yang mempunyai idea tidak konvensional dengan modal strategik, kepakaran operasi dan wawasan industri. Melalui platform ini, usahawan dan pengasas mendapat akses kepada rangkaian bakat eksklusif, perhubungan korporat dan harta intelek, serta sebuah buku panduan operasi bagi amalan terbaik untuk membantu syarikat membuat skala, membuat pembaharuan dan beroperasi dengan lebih cekap.

Firma itu telah diasaskan oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada veteran industri dengan latar belakang yang pelbagai dan pengalaman luas membina syarikat teknologi global dan membuat pelaburan strategik. Pasukan itu termasuk Frank D’Souza (Pengasas Bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif firma perkhidmatan teknologi Cognizant), Raj Mehta (bekas Presiden Cognizant), Charles Phillips (bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat SaaS perusahaan Infor dan bekas Presiden bagi syarikat perisian Oracle), dan David Wasserman (bekas Rakan Kongsi di firma ekuiti persendirian Clayton, Dubilier & Rice).

Recognize telah menutup tiga platform pelaburan dengan lebih 4,000 orang pekerja yang menjadi contoh bagi tema transformatif dalam perkhidmatan teknologi. Ini termasuk Ciklum, sebuah firma kejuruteraan digital natif awan terkemuka dengan satu rangkaian penghantaran di seluruh Eropah Timur; SpringML, satu daripada organisasi perkhidmatan pure-play terbesar yang memberi tumpuan kepada Data, AI/ML dan penyelesaian Google Cloud yang lain; dan Torc, sebuah syarikat yang mentakrifkan semula masa depan kerja melalui sebuah platform bakat maya untuk jurutera perisian.

“Kepantasan bagi inovasi teknologi sedang mengubah keseluruhan industri, dan ia adalah penting bagi perniagaan dan kerajaan untuk mengikuti perkembangan,” kata Pengasas Bersama Frank D’Souza. “Pasaran perkhidmatan teknologi adalah 3.5x lebih besar daripada industri perisian, namun sektor ini hanya menarik satu pertiga daripada jumlah modal¹ ekuiti persendirian, menekankan peluang untuk pelabur yang fokus dengan satu pengetahuan mendalam tentang industri itu.”

“Perkhidmatan perisian dan teknologi sentiasa berkait rapat dan syarikat perkhidmatan hibrid generasi akan datang akan menggunakan lebih banyak teknologi proprietari pada penyampaian perkhidmatan mereka untuk mencipta hasil perniagaan yang boleh berulang,” kata Pengasas Bersama Charles Phillips. “Selain itu, kami melihat satu peluang yang besar untuk menggunakan platform kami bagi mencipta peluang pekerjaan teknologi dalam komuniti yang mengikut sejarah adalah kurang diwakili.”

“Kami telah mengumpulkan satu kumpulan pengendali dan pelabur yang berbeza, yang komited untuk memperkasakan juara industri bagi generasi akan datang,” kata Pengasas Bersama David Wasserman. “Kami berharap dapat bekerjasama dengan syarikat dan pasukan pengurusan berbakat untuk membentuk sektor ini.”

Maklumat mengenai Recognize

Recognize adalah sebuah platform pelaburan teknologi yang tertumpu secara eksklusif pada industri perkhidmatan teknologi. Firma perkhidmatan teknologi membayangkan, membina, mengkonfigurasi, mengurus dan mengendalikan perisian serta proses perniagaan untuk menyampaikan hasil digital kepada perusahaan. Firma itu menyediakan kepakaran operasi, pandangan industri dan modal strategik kepada syarikat berinovatif dalam sektor ini. Recognize diketuai oleh veteran industri Frank D’Souza, Raj Mehta, Charles Phillips dan David Wasserman, bersama-sama dengan Rakan Kongsi Mike Grady, Josh Miller, Deborah Munfa dan Shawn Pride. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.recognize.com.
__________________________
¹McKinsey & Co., Jun 2020.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220113005292/en/

Hubungi

Hubungan Media
David Meadvin
Recognize@laurelstrategies.com
202-776-7776

Sumber : Recognize

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment