Wednesday, January 26, 2022

BITMEX MENGALU-ALUKAN KETUA PERDAGANGAN YANG BAHARU BILL BELLER

BitMEX Mengalu-alukan Ketua Perdagangan yang Baharu Bill Beller (Foto: Business Wire)

MAHE, Seychelles, 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform pelaburan kripto BitMEX sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Bill Beller sebagai Ketua Perdagangan, berkuat kuasa 1 Januari. Bill bertanggungjawab untuk menerajui strategi perdagangan syarikat itu dan mengembangkan pasukan perdagangan BitMEX dan keupayaan mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220125005650/en/

Sebelum menyertai BitMEX, Bill adalah Pengarah Urusan di Greenville Advisory selama hampir lima tahun, di mana beliau telah membantu syarikat permulaan FinTech melancarkan platform pertukaran kripto dan memenuhi keperluan kawal selia yang berkembang. Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Urusan - Ketua bagi Ekuiti untuk Sberbank CIB dan Pengarah Urusan, Ketua bagi Perdagangan Aliran Derivatif Ekuiti EEMEA di UniCredit. Beliau membawa pengalaman lebih satu dekad di dalam pengurusan risiko, membina infrastruktur perdagangan, dan menguruskan pelaburan ekuiti dan derivatif merentasi pasaran modal global.

Bill berkata: “BitMEX semakin pantas mencapai peringkat seterusnya di dalam transformasi mereka, dan ini masa yang sesuai bagi saya untuk menyertai kumpulan orang yang sangat dinamik dan berbakat ini. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan itu untuk meningkatkan ekosistem BitMEX dengan membangunkan strategi yang berkesan yang meningkatkan pengalaman perdagangan platform itu.”

No comments:

Post a Comment