Monday, January 10, 2022

ROBOTIC RESEARCH MENGUMUMKAN PUSINGAN PEMBIAYAAN SIRI A BERNILAI $228 JUTA UNTUK MENSKALAKAN TEKNOLOGI BERAUTONOMI SECARA KOMERSIAL

Kit autonomi agnostik kenderaan syarikat itu, AutoDrive®, telah pun disepadukan dalam pelbagai kenderaan termasuk bas transit tugas berat autonomi pertama di Amerika Utara, trak Kelas 8 dan trak halaman. (Foto: Business Wire)

SoftBank Vision Fund 2, pelaburan yang diterajui oleh Enlightenment Capital akan membolehkan bahagian komersil syarikat itu, RR.AI, untuk menskala dan menyediakan satu penyelesaian berautonomi hujung ke hujung bagi pasaran pengangkutan dan logistik.

CLARKSBURG, Md., 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Robotic Research, sebuah peneraju dunia di dalam mobiliti berautonomi dan penyelesaian robotik, hari ini mengumumkan satu pusingan pembiayaan bernilai $228 juta—modal luar pertama yang diperolehi syarikat itu. Pembiayaan ini akan memacukan lagi inovasi dan pengembangan bagi bahagian komersial Robotic Research, RR.AI, yang memberi tumpuan kepada menyampaikan penyelesaian pemanduan berautonomi yang komprehensif untuk trak komersil, bas, kenderaan pengangkutan barang dan logistik. Pelabur di dalam pusingan Siri A itu termasuk SoftBank Vision Fund 2, Enlightenment Capital, Crescent Cove Advisors, Henry Crown and Company, dan Luminar Technologies, Inc.

No comments:

Post a Comment