Friday, January 28, 2022

MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA TERATAS DALAM ASIA TENGGARA YANG BARU MUNCUL UNTUK PELABURAN ASING, KATA MILKEN INSTITUTE

Indeks Peluang Global Milken Institute menilai 126 buah negara merentasi tujuh wilayah geografi – menonjolkan Asia Tenggara yang baru muncul – untuk mengukur potensi daya tarikan mereka kepada pelabur asing; Sweden menduduki tempat No.1 secara keseluruhan dalam negara-negara terbaik untuk melabur; Amerika Syarikat terkeluar daripada 5 teratas.

LOS ANGELES, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Malaysia berada pada kedudukan No. 1 dalam Asia Tenggara yang baru muncul sebagai negara paling berpotensi untuk menarik pelabur asing, menurut Indeks Peluang Global Milken Institute 2022. Penilaian tahunan ini, yang dibuat untuk membantu memaklumkan keputusan pelaburan global pelabur dan pembuat dasar, menilai sebuah landskap pelaburan ekonomi dengan menggunakan pembolehubah seperti prospek ekonomi makro, akses kepada perkhidmatan kewangan, potensi untuk inovasi dan pembangunan masa depan, dan banyak lagi.

Indeks Peluang Global 2022 itu termasuk satu laporan yang memberi tumpuan kepada Asia Tenggara yang baru muncul, sebuah rantau yang kemasukan modal boleh membawa kepada peningkatan inovasi, penciptaan peluang pekerjaan dan berdaya saing.

Asia Tenggara yang baru muncul mendapat markah yang baik berbanding dengan ekonomi baru muncul dan ekonomi membangun yang lain dalam tiga bidang utama: 1) mempunyai prestasi ekonomi yang kukuh, 2) menawarkan tenaga kerja yang berkelayakan tinggi, dan 3) bersepadu teguh dengan ekonomi global.

Malaysia, tempat kepada pasaran bon ketiga terbesar di Asia (selepas Jepun dan Republik Korea), telah mengambil langkah-langkah dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk melonggarkan sekatan dan menggubal dasar untuk memanfaatkan perkembangan perdagangan, membantu negara itu menuntut kedudukan tempat pertamanya dalam Indeks tahun ini.

“Dalam laporan tahun ini, kami mengenal pasti beberapa dasar yang akan membantu Asia Tenggara yang baru muncul kekal berdaya saing apabila melibatkan peluang pelaburan,” kata Claude Lopez, PhD, ketua bagi Jabatan Penyelidikan di Milken Institute. “Kerajaan di rantau itu mesti mengukuhkan rangka kerja institusi mereka, memperdalamkan integrasi serantau untuk memanfaatkan sumber dan peluang unik bagi setiap negara, dan memaksimumkan impak sosial dengan memanfaatkan aliran modal global untuk memajukan pembangunan.”

Penemuan utama daripada Indeks Peluang Global 2022 termasuk:
  • Sweden mengekalkan kedudukan No. 1 dari 2021 sebagai negara paling berpotensi untuk menarik pelaburan asing, diikuti oleh United Kingdom di tempat kedua dan Denmark di tempat ketiga. Amerika Syarikat jatuh dari tempat ketiga pada 2021 ke tempat kesembilan tahun ini, kebanyakannya didorong oleh asas ekonomi dan keadaan kewangan yang lemah.
  • Malaysia, Thailand dan Indonesia menduduki tempat teratas di Asia Tenggara yang baru muncul. Malaysia mendapat kedudukan paling tinggi di rantau itu disebabkan oleh prestasinya yang kukuh merentasi semua kategori yang diukur. Vietnam dan Filipina melengkapkan lima negara teratas di Asia Tenggara yang baru muncul, mengikut susunan itu.
  • Baharu pada tahun ini, Indeks Peluang Global menambahkan tujuh pembolehubah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), termasuk pelepasan CO2 dan perkadaran wanita dalam jawatan kerajaan. Pembolehubah ini telah dimasukkan untuk mencerminkan selera pelabur yang semakin meningkat untuk memasukkan data ESG ke dalam keputusan perniagaan.
Bagaimana Indeks Peluang Global Menilai Negara-negara:

Untuk mencipta indeks, Milken Institute menilai peluang-peluang pelaburan melalui 100 pembolehubah yang disusun kepada lima kategori dan 14 subkategori. Lima kategori utama termasuk: Persepsi Perniagaan, Perkhidmatan Kewangan, Piawaian & Dasar Antarabangsa, Asas Ekonomi dan Rangka Kerja Institusi. Pembolehubah di dalam kategori ini mengukur semua sudut bagi potensi pelaburan sesebuah negara, termasuk keterbukaan dan prestasi ekonomi, kekangan perniagaan, dan bakat dan kepelbagaian tenaga kerja. Sumber data termasuk Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa dan Pertukaran Data Kesihatan Global.

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun laporan penuh di sini.

Keputusan Indeks Peluang Global Milken Institute 2022
KESELURUHAN
1. Sweden
2. United Kingdom
3. Denmark
4. Finland
5. Belanda

ASIA TENGGARA YANG BARU MUNCUL
1. Malaysia
2. Thailand
3. Indonesia
4. Vietnam
5. Filipina

Maklumat mengenai Milken Institute

Milken Institute adalah sebuah badan pemikir tidak berpihak yang tidak mencari keuntungan yang membantu orang ramai membina kehidupan yang bermakna di mana mereka boleh mengalami kesihatan dan kesejahteraan, meneruskan pendidikan yang berkesan dan pekerjaan yang menguntungkan, dan mengakses sumber yang diperlukan untuk mencipta peluang-peluang yang sentiasa berkembang untuk diri mereka dan komuniti mereka yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://milkeninstitute.org/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15507

No comments:

Post a Comment