Tuesday, January 11, 2022

ZOOM MENJADI KLIEN KOMUNIKASI VIDEO PERTAMA YANG MENDAPAT PERAKUAN KRITERIA UMUM (COMMON CRITERIA)

Dikeluarkan oleh Pejabat Persekutuan Jerman untuk Keselamatan Maklumat, Perakuan tersebut Mengukuhkan Komitmen Zoom terhadap Keselamatan

SAN JOSE, Calif., 11 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM) hari ini mengumumkan Klien Zoom Meeting versi 5.6.6 telah menjadi klien komunikasi video pertama yang memperoleh perakuan untuk Jaminan Penilaian Kriteria Umum Tahap 2 (v3.1 sem. 5), yang dikeluarkan oleh  Pejabat Persekutuan untuk Keselamatan Maklumat Jerman (BSI).

Kriteria Umum (Common Criteria) merupakan standard antarabangsa untuk menilai secara objektif terhadap sesuatu produk IT yang memenuhi set keperluan keselamatan yang ditakrifkan. Penilaian itu melibatkan usaha menganalisis set sasaran keselamatan khusus, termasuk dokumentasi panduan, reka bentuk seni bina, aspek kitaran hayat, ujian dan penilaian kerentanan. Klien Zoom Meeting v5.6.6 telah dinilai oleh BSI berdasarkan standard Kriteria Umum (Common Criteria) dan didapati telah menunjukkan rantaian bukti yang jelas di mana proses spesifikasi, pelaksanaan dan penilaian telah dijalankan dengan cara yang ketat dan mematuhi standard.

Diiktiraf bersama di lebih dari 25 negara termasuk UK, AS, Kanada dan Jerman, Kriteria Umum dianggap sebagai penanda aras utama untuk perakuan keselamatan produk IT. Semakin ramai pengguna mengharapkan vendor IT menghasilkan bukti yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan bagi mencapai keupayaan keselamatan siber produk mereka.

ZOOM MENJADI KLIEN KOMUNIKASI VIDEO PERTAMA YANG MENDAPAT PERAKUAN KRITERIA UMUM (COMMON CRITERIA)

No comments:

Post a Comment