Saturday, January 8, 2022

ROBERT J. GIUFFRA, JR. DAN SCOTT MILLER MENJADI PENGERUSI BERSAMA BAGI SULLIVAN & CROMWELL LLP




NEW YORK, 7 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Sullivan & Cromwell LLP hari ini mengumumkan bahawa Robert J. Giuffra, Jr. dan Scott Miller telah menjadi Pengerusi Bersama bagi firma itu, berkuat kuasa 1 Januari, 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220103005204/en/

Encik Giuffra dan Encik Miller telah berkhidmat sebagai Naib Pengerusi bagi firma itu sejak Januari 2021. Mereka menggantikan Joseph C. Shenker, Pengerusi firma itu sejak 2010, yang akan terus berkhidmat dalam Jawatankuasa Pengurusan firma itu sebagai Pengerusi Kanan selain meneruskan dengan praktik amalan klien beliau yang aktif.

“Sejak zaman pengasas kami, Sullivan & Cromwell mempunyai satu komitmen yang tidak berbelah bagi kepada pelanggan kami, kakitangan kami dan komuniti kami,” kata Encik Shenker. “Bob dan Scott merupakan contoh tipikal bagi kualiti ini, sejak lama dahulu membuktikan diri mereka sebagai kaunselor yang dipercayai di mana kekuatan pelengkap mereka dalam litigasi dan undang-undang korporat mencerminkan skop kerja yang luas yang kami lakukan untuk pelanggan kami di seluruh dunia.”

“Amalan antarabangsa firma kami dan keupayaan untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan bersepadu melalui rangkaian 13 pejabat kami merentasi empat benua adalah penting kepada kejayaan kami,” kata Encik Miller. “Lebih separuh daripada pelanggan firma kami beribu pejabat di luar Amerika Syarikat, dan Bob dan saya masing-masing telah meluangkan masa dalam kerjaya kami mengendalikan perkara berkaitan rentas sempadan pelanggan kami yang sangat rumit. Ketika dunia menjadi lebih bersepadu dan isu-isu yang dihadapi pelanggan menjadi semakin rumit, kami menjangkakan amalan global kami akan menjadi pemacu bagi kejayaan berterusan firma kami.”

“Saya sangat berbesar hati untuk bekerja dengan Scott dan rakan-rakan kami untuk membina di atas budaya kukuh firma kami bagi kecemerlangan, inovasi dan komitmen kepada pelanggan kami dan antara satu sama lain,” kata Encik Giuffra. “Selama 143 tahun, model kami telah terbukti dan berkesan: untuk merekrut dan melatih peguam terbaik untuk bekerja bersama-sama dalam membantu pelanggan kami menyelesaikan cabaran mereka yang paling kritikal dan mencapai peluang nilai mereka yang paling tinggi.”

Encik Giuffra, seorang litigator terkemuka di negara itu, menyertai S&C pada 1989 selepas berkhidmat sebagai pembantu kehakiman kepada Hakim Besar William Rehnquist dari Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan Hakim Ralph Winter dari Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat untuk Litar Kedua. Berpangkalan di New York, beliau telah menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan Sullivan & Cromwell sejak 2007. Seorang felo di American College of Trial Lawyers dan International Academy of Trial Lawyers, beliau telah berjaya mewakili pelanggan firma itu dalam perbicaraan yang melibatkan berbilion dolar, litigasi dan siasatan kerajaan. Beliau telah memainkan satu peranan penting dalam mengemudikan beberapa  krisis korporat terbesar dalam tempoh 20 tahun yang lalu, termasuk kebankrapan Enron, penipuan perakaunan di Computer Associates dan HealthSouth Corporation, krisis kewangan, dan krisis pelepasan diesel Volkswagen di mana beliau telah berkhidmat sebagai peguam penasihat penyelaras kebangsaan bagi pembuat kereta itu. Pelanggan beliau sekarang termasuk Allianz, Goldman Sachs, Stellantis, UBS dan Volkswagen. Beliau telah mewakili lembaga dan pengarah korporat, ketua pegawai eksekutif, pegawai kanan awam, keluarga terkemuka, firma guaman dan pasukan sukan profesional.

Encik Miller, seorang kaunselor korporat utama, menyertai S&C pada 1986 selepas berkhidmat sebagai seorang pembantu kehakiman kepada Hakim William A. Norris dari Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat untuk Litar Kesembilan. Beliau secara rutin mengendalikan M&A bernilai berbilion dolar, pasaran modal dan urus niaga strategik yang lain, siasatan dalaman dan kerajaan serta krisis korporat yang lain. Kini berpangkalan di New York, beliau telah menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan Firma itu sejak 2014 dan menyelaraskan amalan korporat kami di Amerika Syarikat dan Eropah. Beliau telah mengusahakan M&A dan urus niaga sekuriti di lebih 20 buah negara, termasuk penswastaan ​​pertama di Itali dan LBO yang pertama di Jerman. Beliau mewakili Fiat Chrysler dalam penggabungan mereka bernilai $60 bilion dengan Peugeot, yang mengubah industri auto global melalui pewujudan Stellantis. Sebelum itu, beliau mewakili Fiat berhubung penyelamatan Chrysler pada 2009, Ferrari dalam IPO mereka pada 2015, dan Alcan dalam penentangan terhadap tawaran pengambilalihan dalam keadaan yang tidak mesra daripada Alcoa dan dalam pemerolehan bernilai $46 bilion oleh Rio Tinto. Beliau telah mewakili DISH Network selama dua dekad dan baru-baru ini dalam satu siri urus niaga yang membantunya membentuk dan membiayai rangkaian komunikasi tanpa wayar mereka di seluruh negara. Beliau juga baru-baru ini berada di barisan hadapan bagi pasaran SPAC, mewakili antara lain Kumpulan Ermenegildo Zegna dalam penggabungan mereka dengan SPAC yang ditaja oleh Investindustrial di mana Zegna menjadi sebuah syarikat tersenarai di NYSE, dengan satu permodalan pasaran awal melebihi $3 bilion.

Encik Giuffra ialah seorang lulusan Universiti Princeton dan Sekolah Undang-undang Yale. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Penasihat bagi Jawatankuasa Perbankan Senat Amerika Syarikat dan sebagai Presiden bagi Majlis Peguam Persekutuan. Beliau ialah ahli bagi Suruhanjaya Tetap New York mengenai Akses kepada Keadilan dan Jawatankuasa Tetap mengenai Peraturan Amalan dan Prosedur bagi Mahkamah Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengerusi bagi Yayasan Swiss Amerika.

Encik Miller ialah seorang lulusan dari Universiti Negeri Arizona dan Sekolah Undang-undang Columbia. Beliau merupakan rakan pengurusan bagi pejabat Sullivan & Cromwell di Palo Alto dan telah menjadi residen di pejabat firma itu di London dan Los Angeles. Beliau adalah pemegang amanah bagi Majlis Amerika Syarikat untuk Perniagaan Antarabangsa.

Maklumat mengenai Sullivan & Cromwell LLP

Sullivan & Cromwell LLP adalah sebuah firma guaman global yang memberi nasihat mengenai litigasi penting, penyiasatan korporat dan kawal selia yang kompleks, M&A domestik dan rentas sempadan yang utama, kewangan, korporat dan urus niaga penstrukturan semula, urusan cukai dan perancangan harta pusaka. Ditubuhkan pada 1879, Sullivan & Cromwell mempunyai kira-kira 900 orang peguam yang ditempatkan di pejabat di New York, Washington, Los Angeles, Palo Alto, London, Frankfurt, Paris, Brussels, Hong Kong, Beijing, Tokyo, Melbourne dan Sydney. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15445

No comments:

Post a Comment