Thursday, February 17, 2022

PANDO SOFTWARE: NIKMATI PERTEMPURAN DALAM PERMAINAN P2E BAHARU 'LEGEND OF PANDONIA' DAN DAPATKAN SYILING!

Permainan P2E ‘Legend of Pandonia' yang dikeluarkan pada 2022, digemari oleh ramai pengguna di seluruh dunia kerana corak permainannya yang berkualiti tinggi. Kini, melalui penyepaduan dompet dan kemas kini pemancangan, lebih ramai pengguna boleh menyertai pengembaraan Satria yang menarik dan mengujakan. (Grafik: Business Wire)

SEOUL, Korea Selatan, 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Permainan P2E ‘Legend of Pandonia (kemudian dari ini dirujuk sebagai L.o.P),’ yang dikeluarkan pada 2022, digemari oleh ramai pengguna di seluruh dunia kerana corak permainannya yang berkualiti tinggi. Kini, melalui penyepaduan dompet dan kemas kini pemancangan, lebih ramai pengguna boleh menyertai pengembaraan Satria yang menarik dan mengujakan.

Syiling dalam Dompet Saya... Kemas kini penyepaduan dompet!

Kini, pengguna boleh memindahkan mPANDO yang diperolehi dalam permainan ke dompet mereka. Jika seorang pengguna mewujudkan sebuah dompet PANDO SWAP, pengguna itu boleh memindahkan aset mPANDO ke sana untuk membuat deposit/pengeluaran. mPANDO yang disimpan dalam ‘Dompet Saya’ kini boleh ditukarkan dengan Bitcoin dan Ethereum. Syiling PANDO juga boleh ditukarkan dengan mPANDO.

Kedai Pandonia kini dibuka! Nikmati faedah pemancangan bersama!

Pengguna boleh menggunakan mPANDO yang diperolehi di kedai dalam permainan Pandonia. Kedai Pandonia itu ialah satu tempat di mana pengguna boleh membeli wira-wira SSR (gred paling tinggi) serta item khusus untuk menikmati pertempuran hebat dengan lebih banyak lagi. Terdapat juga pelbagai item yang boleh menjadikan wira lebih kuat. Untuk menggunakan kedai Pandonia itu, pengguna mesti mengambil bahagian di dalam pemancangan dalam permainan mPANDO.

Bagaimana untuk mendapatkan syiling mPANDO dalam ‘Legend of Pandonia’?

L.o.P adalah satu RPG aksi di mana pemain boleh menikmati dan mengumpul 120 wira yang unik di sepanjang pengembaraan Satria yang sukar untuk mencari Batu Roh yang boleh memberikan kuasa yang luar biasa. Tambahan pula, pemain boleh mengalami keseronokan dalam mencipta kombinasi wira pertempuran mereka sendiri dengan sistem pertempuran unik L.o.P, yang boleh mereka mainkan dengan tiga wira utama dan tiga watak sokongan (jumlah enam wira).

Selain itu, L.o.P membuka sebuah musim Arena (PVP) dan Menara Abyss (PVE) biasa setiap minggu. Ganjaran akhir untuk musim biasa itu ialah 5,000 mPANDO. Di samping itu, pemain boleh memperoleh mPANDO melalui pelbagai kandungan seperti pencarian harian dan pencapaian. mPANDO adalah sebuah syiling MainNet yang direka untuk kegunaan pelbagai aplikasi dalam permainan.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini yang terkini bagi L.o.P, sila layari laman web rasmi itu dan komuniti sosial di bawah.

No comments:

Post a Comment