Friday, October 7, 2022

ELASTIC MENAMAKAN BARRIE SHEERS SEBAGAI NAIB PRESIDEN BAGI ASIA PASIFIK DAN JEPUN




Bekas Eksekutif Microsoft dan EMC Menyertai Elastic untuk Mempercepatkan Pertumbuhan Perniagaan dan Awan, serta Memperluaskan Perhubungan Pelanggan

SINGAPURA, 6 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Elastic (NYSE: ESTC), syarikat di sebalik Elasticsearch, hari ini mengumumkan pelantikan Barrie Sheers sebagai naib presiden, Asia Pasifik dan Jepun (APJ). Berpangkalan di Singapura, Sheers akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Jualan Elastic, Michael Cremen.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20221005005521/en/

Sheers akan menerajui strategi dan operasi perniagaan Elastic di dalam APJ dan akan bertanggungjawab bagi pertumbuhan perniagaan secara keseluruhan, terutamanya inisiatif pertumbuhan strategik dan strategi jangka panjang untuk memacukan pertumbuhan hiper awan, peluang-peluang di dalam segmen pasaran baharu dan meningkatkan nilai sepanjang hayat pelanggan.

Sheers membawa lebih 20 tahun pengalaman di peringkat eksekutif yang menerajui pasukan-pasukan berprestasi tinggi, mengutamakan pelanggan di beberapa syarikat teknologi awan dan perusahaan terbesar di dunia. Beliau menyertai Elastic dari Microsoft, di mana beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai rakan, APJ, yang bertanggungjawab dalam membina ekosistem rakan kongsi di seluruh Asia untuk meningkatkan prestasi jualan.

Sebelum menjawat peranan ini, Sheers ialah pengarah urusan Microsoft untuk New Zealand. Sheers juga memegang jawatan kanan menerajui rantau APJ di Kumpulan Dell Software, Quest Software, Sybase dan EMC.

Petikan Sokongan:
  • “Saya sangat teruja untuk mengalu-alukan Barrie ke Elastic. Beliau menyertai kami pada masa yang penting ketika kami terus membina momentum pasaran dan mempercepatkan perniagaan awan kami,” kata Michael Cremen, ketua bagi jualan global, Elastic. “Kepakaran mendalam Barrie di dalam pasaran awan, ditambah dengan pengalaman beliau yang luas di dalam mencipta dan melaksanakan strategi pergi ke pasaran di rantau APJ, akan menempatkan Elastic untuk pertumbuhan dan skala yang dipercepatkan sambil membantu pelanggan kami menyelesaikan masalah yang benar-benar penting.”
  • “Ia adalah satu masa yang menarik untuk menyertai Elastic dan memanfaatkan pengalaman awan saya untuk mengukuhkan perhubungan pelanggan sedia ada dan baharu serta mempercepatkan momentum berterusan syarikat itu ke fasa pertumbuhan seterusnya,” kata Barrie Sheers, naib presiden, APJ, Elastic. “Saya tidak sabar memperkasakan lebih banyak organisasi untuk mempercepatkan hasil yang penting dengan kuasa Platform Pencarian Elastic dan penyelesaian kami untuk pencarian perusahaan, kebolehcerapan dan keselamatan.”
Maklumat mengenai Elastic:

Elastic (NYSE: ESTC) adalah sebuah platform terkemuka untuk penyelesaian yang berkuasakan pencarian. Kami membantu organisasi, pekerja mereka dan pelanggan mereka mempercepatkan keputusan yang penting. Dengan penyelesaian di dalam Pencarian Perusahaan, Kebolehcerapan dan Keselamatan, kami meningkatkan pengalaman pencarian pelanggan dan pekerja, memastikan aplikasi misi kritikal berjalan lancar dan melindungi daripada ancaman siber. Dihantar di mana sahaja data berada, dalam satu awan, merentasi berbilang awan, atau di premis, Elastic membolehkan pelanggan mereka mencapai tahap kejayaan baharu pada skala dan pada satu platform tunggal. Ketahui lebih lanjut di elastic.co.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Kenyataan tertentu di sini adalah kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan mengenai pelantikan Encik Sheers sebagai Naib Presiden kami, Asia Pasifik dan Jepun serta penglibatan beliau di dalam strategi pertumbuhan dan skala kami. Hasil dan keputusan sebenar mungkin berbeza dari segi bahan daripada yang difikirkan oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini akibat daripada ketidakpastian, risiko dan perubahan dalam keadaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan tingkah laku dan pertumbuhan masa depan perniagaan Elastic dan pasaran di mana Elastik beroperasi. Risiko dan ketidakpastian tambahan yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza dari segi bahan daripada yang difikirkan oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu disertakan di bawah kapsyen “Faktor Risiko” dan di tempat lain dalam pemfailan terbaharu kami dengan SEC, termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 April, 2022 dan laporan seterusnya yang lain yang difailkan dengan SEC. Pemfailan SEC boleh didapati di bahagian Perhubungan Pelabur di laman web Elastic di ir.elastic.co dan laman web SEC di www.sec.gov. Elastic tidak bertanggungjawab untuk, dan pada masa ini tidak berhasrat untuk, mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan selepas tarikh keluaran ini, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Tanda elastic dan tanda berkaitan ialah tanda perdagangan atau tanda perdagangan berdaftar bagi Elastic N.V. dan anak syarikat mereka. Semua nama syarikat dan produk lain adalah merupakan tanda perdagangan bagi pemilik mereka masing-masing. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16386

No comments:

Post a Comment