Wednesday, October 19, 2022

​HILLSTONE NETWORKS MENAMBAHKAN PENSIJILAN KRITERIA BIASA EAL4+ UNTUK TEMBOK API GENERASI HADAPAN HILLSTONE NETWORKS

Pensijilan keselamatan antarabangsa dan bebas untuk Tembok Api Generasi Hadapan SG-6000 Siri A Hillstone Networks dan StoneOS 5.5.R9 mengukuhkan platform Hillstone sebagai satu asas yang dipercayai untuk keselamatan rangkaian daripada pinggir ke awan.

SANTA CLARA, Calif., 18 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia penyelesaian keselamatan siber yang berinovatif dan boleh diakses, mengumumkan bahawa ia telah diperakui melalui Kriteria Biasa EAL4+ untuk Tembok Api Generasi Hadapan SG-6000 Siri A Hillstone Networks (NGFW) dan StoneOS 5.5.R9, mengukuhkannya lagi sebagai sebuah platform pilihan bagi pengguna yang perlu untuk menguatkan rangkaian mereka dan melindungi aset kritikal mereka dari pinggir ke awan.

Kriteria Biasa untuk Penilaian Keselamatan Teknologi Maklumat (Kriteria Biasa) itu adalah satu standard antarabangsa untuk pensijilan keselamatan komputer. Kriteria Biasa diambil kira untuk digunakan di dalam agensi-agensi kerajaan serta infrastruktur kritikal yang dikawal selia dengan ketat dan dipacu oleh pematuhan. Oleh kerana jaminan kualiti dan jaminan pensijilan, perusahaan besar lain yang merentasi banyak industri juga menggunakan Kriteria Biasa untuk mewajarkan pelaksanaan penyelesaian itu.

“Ketahanan siber adalah merupakan satu mandat pada hari ini, tanpa mengira saiz perusahaan atau industri itu,” kata Tim Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama, Hillstone Networks. “Tembok Api Generasi Hadapan Hillstone itu ialah asas bagi portfolio keselamatan kami, dan digunakan secara global, mendapatkan lebih 23,000 pelanggan. Hari ini, pelanggan kami mempunyai satu lagi sebab lain untuk mempercayai bahawa penyelesaian kami melindungi aset sensitif dan infrastruktur kritikal mereka dengan penambahan Pensijilan Kriteria Biasa itu. Kami terus berusaha menentukan sejauh mana ia dapat menjadikan dunia digital sebuah tempat yang lebih selamat.”

“Secura mengucapkan tahniah kepada Hillstone Networks kerana mencapai pensijilan Kriteria Biasa EAL4+ untuk Tembok Api Generasi Hadapan Hillstone dan StoneOS. Sijil ini adalah untuk menyerlahkan ciri-ciri keselamatan yang dilaksanakan di dalam produk itu, serta kematangan bagi proses pembangunan itu. Kerjasama teladan itu di antara pasukan Hillstone dan Secura membolehkan keputusan itu menjadi satu kenyataan,” kata Razvan Venter, Pengurus Kumpulan Keselamatan Produk, Secura.

Siri A Hillstone Networks, yang diiktiraf oleh Gartner sebagai satu yang Berpandangan Jauh di dalam Magic Quadrant untuk Tembok Api Rangkaian, datang dalam dua faktor bentuk dengan model tambahan untuk memenuhi beban kerja dan keperluan yang paling mencabar. Untuk maklumat pensijilan lanjut, sila semak Laporan PensijilanSasaran Keselamatan, dan Sijil CCRA.

Maklumat mengenai Hillstone Networks

Penyelesaian keselamatan siber Hillstone Networks yang berinovatif dan boleh diakses membentuk semula keselamatan perusahaan dan penyedia perkhidmatan, membolehkan daya ketahanan siber sambil merendahkan TCO. Dengan menyediakan keterlihatan yang komprehensif, kecerdasan unggul dan perlindungan pantas untuk melihat, memahami dan bertindak terhadap ancaman siber daripada pinggir ke awan, Hillstone dinilai dengan baik oleh penganalisis terkemuka dan dipercayai oleh syarikat-syarikat global. Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari www.hillstonenet.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16426

No comments:

Post a Comment