Wednesday, October 26, 2022

MINGGU REKA BENTUK PERINDUSTRIAN ANTARABANGSA HEBEI AKAN DIBUKA PADA NOVEMBER

SHIJIAZHUANG, China, 25 Okt., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Minggu Reka Bentuk Perindustrian Antarabangsa Hebei ke-5 akan diadakan dari 10 hingga 16 November di Wilayah Hebei di China Utara, dengan Belanda sebagai tetamu kehormat.

Kawasan Baharu Xiongan bandar raya moden baharu di wilayah itu akan berfungsi sebagai tempat utama acara itu manakala beberapa aktiviti akan juga diadakan di bandar raya Shijiazhuang, Qinhuangdao dan Dingzhou.

Satu siri aktiviti akan dipaparkan di tempat utama, seperti majlis pelancaran dan ucaptama, Forum Reka Bentuk Xiongan, pameran inovasi reka bentuk perindustrian, keluaran produk baharu reka bentuk antarabangsa, Anugerah Reka Bentuk Perindustrian Goldreed ketiga, Hari Reka Bentuk Belanda dan lawatan inovasi reka bentuk, menjadikan ia sebuah platform terbuka untuk kerjasama reka bentuk antarabangsa yang menampilkan mesyuarat, pameran dan upacara penganugerahan, menurut Jabatan Industri dan Teknologi Maklumat Wilayah Hebei.

Forum Reka Bentuk Xiongan, Pertubuhan Reka Bentuk Sedunia (WDO) dan Minggu Reka Bentuk Dunia akan berganding bahu dalam menganjurkan satu siri aktiviti seperti ucaptama dan dialog meja bulat.

Topik-topik akan merangkumi pembangunan bandar, transformasi perindustrian, norma baharu bagi pengeluaran dan kehidupan, trend penggunaan baharu, dan pembangunan mapan, antara lain. Tokoh terkemuka dari institusi reka bentuk dalam dan luar negara, perusahaan pembuatan dan universiti akan berada di sana untuk mentafsir dan membincangkan idea dan trend inovasi reka bentuk perintis.

Pengeluaran Produk Baharu Reka Bentuk Antarabangsa itu akan menjemput firma-firma reka bentuk terkemuka, pakar reka bentuk dan pereka termaju di dalam dan luar negara untuk melancarkan reka bentuk baharu bersama-sama dengan syarikat jenama fesyen dan perusahaan pembuatan.

Selain itu, wakil daripada pengilang, perusahaan platform, inkubator dan institusi kewangan akan juga menghadiri persidangan itu, menyediakan peluang untuk pengindustrian dan kerjasama berorientasikan pasaran di antara kedua-dua pihak, dan membantu transformasi reka bentuk kepada produk dan penubuhan nilai reka bentuk.

Presiden asing Anugerah Reka Bentuk Perindustrian Goldreed Pengerusi WDO David Kusuma dan presiden China Profesor He Renke dari Sekolah Reka Bentuk dan Seni Universiti Hunan, serta tetamu lain, akan menghadiri majlis penganugerahan itu.

Mereka akan mengumumkan pemenang bagi acara ketiga anugerah itu dan menyampaikan trofi. Untuk meningkatkan lagi pengaruh antarabangsa dan nilai jenama bagi acara itu, pertandingan untuk Anugerah Reka Bentuk Perindustrian Goldreed keempat akan dilancarkan untuk menjemput institusi reka bentuk industri yang cemerlang, syarikat, pasukan dan pereka individu dari seluruh dunia.

Aktiviti bagi minggu reka bentuk itu akan menggunakan sepenuhnya teknologi IT moden seperti 5G, VR/AR dan data besar untuk memaparkan aktiviti luar talian melalui kaedah pameran dalam talian dan penyiaran langsung, mengatasi kekangan masa dan ruang dan mewujudkan sebuah minggu reka bentuk dalam talian yang tidak akan berakhir.

Sejak tahun 2018, Hebei telah mengadakan empat Minggu Reka Bentuk Perindustrian Antarabangsa di Kawasan Baharu Xiongan, termasuk 139 forum, pameran, aktiviti padanan dan pertukaran yang telah menarik perusahaan dari lebih 50 buah negara dan wilayah, serta 25,000 karya reka bentuk.

Kedutaan Finland, Itali dan Britain yang berpangkalan di China menganjurkan lawatan delegasi ke acara tersebut, dan lebih daripada 50 institusi reka bentuk terkenal di dalam dan luar negara seperti WDO dan Persekutuan Hong Kong bagi Persatuan Reka Bentuk menghantar wakil ke sana.

Minggu Reka Bentuk Perindustrian Antarabangsa itu mempelopori cara penganjuran ekspo dalam talian dan luar talian di Hebei. Empat acara itu telah menarik lebih daripada 170,000 hadirin dan pelawat, dan lebih daripada 28 juta lawatan dalam talian.

Hebei telah memanfaatkan Minggu Reka Bentuk Perindustrian Antarabangsa itu sebagai sebuah platform penting untuk memupuk dan membangunkan industri perkhidmatan reka bentuk perindustrian, menggalakkan integrasi mendalam bagi reka bentuk perindustrian dan industri pembuatan, serta membawa inovasi dan pembangunan ke pentas global.

Data perindustrian menunjukkan bahawa bilangan perusahaan reka bentuk perindustrian di Hebei mencecah 470 pada tahun ini, lebih daripada 9 kali ganda berbanding tahun 2017, menduduki tempat kelima di China. Terdapat 20 organisasi industri reka bentuk perindustrian perbandaran di Hebei, yang menyumbang 15 peratus daripada jumlah organisasi perindustrian negara itu.

Hebei mempunyai 11 anugerah reka bentuk perindustrian peringkat wilayah dan perbandaran, menduduki tempat keempat di negara itu. Wilayah itu telah mengadakan 11 pusat reka bentuk perindustrian peringkat kebangsaan, dan mewujudkan 5 pada tahun 2021 sahaja, untuk mencapai satu kejayaan yang bersejarah.
 
Sumber: Jabatan Industri dan Teknologi Maklumat Wilayah Hebei  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16455

No comments:

Post a Comment