Wednesday, October 26, 2022

WESTROCK COFFEE AKAN MENYERTAI EKSPO DUNIA PERKHIDMATAN MAKANAN DAN HOSPITALITI FHA-HORECA

LITTLE ROCK, Ark., 25 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Westrock Coffee Company (Nasdaq: WEST) (“Westrock Coffee,” atau "Syarikat”), mengumumkan hari ini bahawa Syarikat akan mempamerkan penyelesaian minuman yang terkemuka di Ekspo Dunia Perkhidmatan Makanan dan Hospitaliti FHA-HoReCa. Acara tersebut, yang diadakan di Singapura dan berlangsung dari 25 Oktober hingga 28 Oktober, menampilkan barisan pembekal perkhidmatan makanan dan hospitaliti terkemuka yang meluas dari seluruh dunia.

“Memandangkan kami terus berkembang di luar Amerika Utara, Westrock Coffee berasa bangga untuk mengambil bahagian dalam Ekspo Dunia FHA-HoReCa,” ujar Kyle Newkirk, EVP Inovasi & Wawasan Global. “Sebagai peneraju industri dengan kehadiran global dalam pasaran perkhidmatan makanan dan hospitaliti, kami berharap untuk mempamerkan pelbagai produk inovatif dan tertumpu kepada pengguna yang secara aktif menggabungkan dan menangani arah aliran pengguna dan keupayaan pasaran dinamik.”

Di Ekspo FHA-HoReCa, Westrock Coffee akan mempamerkan pelbagai penyelesaian minuman, termasuk:
• Penyegar Teh Hitam
• Kopi Minuman Tenaga
• Teh Daun Kopi
• Minuman Berasaskan Nitro
• Minuman Sedia Untuk Diminum (RTD)

Wakil Westrock Coffee akan berada di gerai pempamer Westrock Coffee, 2F 4-01 sepanjang pertunjukan berlangsung.

Baru-baru ini Syarikat telah menyiapkan pembinaan kemudahan 90,000 kaki persegi di Johor Bahru, Malaysia. Kemudahan baharu ini, yang terletak hanya 30 minit dari hab antarabangsa Singapura, mempertingkatkan kapasiti pemanggangan, pembungkusan, dan penggudangan kopi dan larutan ekstrak Syarikat di seluruh rantau APAC dan MENA.

Westrock Coffee membekalkan nama terbesar dan paling dikenali dalam industri peruncitan, perkhidmatan makanan dan restoran, kedai serbaneka dan pusat pelancongan, CPG, bukan komersial, dan hospitaliti dengan penyelesaian minuman berasaskan ekstrak, teh dan kopi. Pelanggan merangkumi 13 daripada 25 restoran perkhidmatan pantas (QSR) terbaik dan 13 daripada 25 kedai serbaneka terbaik di Amerika Syarikat. Syarikat pada masa ini menyediakan lebih 20 juta cawan kopi kepada dunia setiap hari dan merupakan pembekal kopi dan teh label tersuai/persendirian terbesar kepada restoran di Amerika Syarikat mengikut jumlah.

Tentang Syarikat Westrock Coffee

Syarikat Westrock Coffee merupakan penyedia penyelesaian kopi, teh, perisa, ekstrak dan bahan bersepadu terkemuka di A.S., yang menyediakan penyumberan kopi, pengurusan rantaian bekalan, pembangunan produk, pemanggangan, pembungkusan, dan perkhidmatan pengedaran kepada peruncitan, perkhidmatan makanan dan restoran, kedai serbaneka dan pusat pelancongan, CPG, industri bukan komersial dan hospitaliti di seluruh dunia. Dengan mempunyai pejabat di 10 negara, syarikat ini mendapatkan sumber kopi dan teh dari 35 negara asal. Untuk maklumat lanjut, sila lawati WestrockCoffee.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16453

No comments:

Post a Comment