Wednesday, October 12, 2022

FWD TAKAFUL MELANCARKAN "YOUR PROTECTION CALCULATOR"

FWD Takaful melancarkan “Your Protection Calculator”, kalkulator kewangan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk anda mengetahui tahap perlindungan takaful berbanding orang lain dengan latar belakang yang serupa​

Rakyat Malaysia kini boleh menentukan tahap perlindungan takaful yang sesuai dengan perisian yang menggunakan kecerdasan buatan (AI)

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) baru-baru ini telah melancarkan Your Protection Calculator (“YPC”), perisian menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menilai dan menentukan tahap perlindungan takaful yang sesuai.
 
YPC membandingkan keperluan perlindungan takaful pengguna dengan orang lain yang mempunyai latar belakang yang serupa agar mereka boleh mengetahui kedudukan mereka. Perisian ini menyenaraikan keperluan perlindungan pengguna mengikut keutamaan, jurang perlindungan dan anggaran kos. Perisian ini juga akan mencadangkan produk berdasarkan keperluan perlindungan pengguna. Oleh itu, ia akan menjimatkan masa pengguna daripada melakukan kajian.
 
Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Pegawai Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful, berkata, “Ramai tidak mengetahui tentang faktor-faktor yang menentukan keperluan perlindungan kewangan mereka. Selain itu, kebanyakan pengguna sedar akan kepentingan perlindungan kewangan, tetapi mereka tidak tahu jenis perlindungan yang mereka perlukan. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membina ekosistem digital, YPC menyasar untuk menyediakan maklumat berlandaskan AI. Oleh itu, pengguna dapat membuat keputusan yang lebih tepat mengenai perlindungan yang mereka perlukan.”
 
Tambahan pula, mereka yang menggunakan YPC boleh mendapat diskaun sehingga 30% bagi sumbangan bulan pertama jika mereka menyertai pelan takaful yang disyorkan kepada mereka.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Your Protection Calculator, layari kitatakaful.com/yourprotectioncalculator. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau e-mel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut.


FWD TAKAFUL MELANCARKAN "YOUR PROTECTION CALCULATOR"

No comments:

Post a Comment