Thursday, October 27, 2022

SSM SUMBANG PERALATAN PERUBATAN KEPADA HOSPITAL SULTANAH MALIHA LANGKAWI MELALUI WAKALAH ZAKAT KORPORATNYA

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM merangkap Pengerusi JPZCSR SSM, YBrs. Encik Amir Ahmad memberi sumbangan peralatan perubatan kepada Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi

LANGKAWI, 25 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 23 Oktober 2022 menyampaikan sumbangan berbentuk peralatan perubatan kepada Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi melalui peruntukan Wakalah Zakat Korporatnya.
 
Sumbangan peralatan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM, YBrs. En. Amir Ahmad melibatkan 10 unit katil hospital, lima unit Patient Transport Trolley, tiga unit Accu Autopsy Saw, satu unit Treadmill dan satu unit Cataract Set yang kesemuanya bernilai RM173,260. Sumbangan ini bertujuan membekalkan sokongan peralatan berteknologi dalam mengendali rawatan dan pemulihan pesakit khususnya di Pulau Langkawi.
 
En. Amir turut berkata, dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya, SSM turut menitikberatkan urusan kebajikan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui peruntukan Wakalah Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia bagi menerapkan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16446

No comments:

Post a Comment