Monday, October 3, 2022

MBSB BANK DAN WAQAF FELDA JALINKAN KOLABORASI STRATEGIK UNTUK PENERAPAN NILAI-NILAI KESEDARAN DAN PEMERKASAAN WAKAF

Jesleigh Johari​ (dua, kiri) dan Razuwan Che Rose (dua, kanan) menunjukkan dokumen kerjasama antara MBSB dan Waqaf Felda membabitkan kemudahan sumbangan wakaf.


PETALING JAYA, 3 Okt (Bernama) -- MBSB Bank Berhad (‘MBSB Bank’) menjalinkan kolaborasi strategik dengan WAQAF FELDA bagi memberi kemudahan kepada pelanggan- pelanggannya untuk menyumbang wakaf.

Kerjasama ini dimeterai melalui sesi menandatangani Memorandum Persefahaman di Menara MBSB Bank, PJ Sentral pada 30 September 2022. Ianya dilihat sebagai satu usaha yang tepat memandangkan MBSB Bank merupakan sebuah bank Islam sepenuhnya yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

WAQAF FELDA, sebuah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan sumber wakaf Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan membantu menguruskan proses wakaf untuk pelanggan-pelanggan MBSB Bank.

No comments:

Post a Comment