Tuesday, October 4, 2022

EMGA MELENGKAPKAN PENGUMPULAN MODAL BERNILAI EUR 9.4 JUTA UNTUK KASHF FOUNDATION DENGAN PEMBIAYAAN DARIPADA BIO

LONDON, 4 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kemudahan pembiayaan bernilai EURO 9.4 juta untuk Kashf Foundation telah diilhamkan, distruktur dan dirundingkan oleh Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), sebuah bank pelaburan bagi pasaran yang sedang pesat membangun.

Bercakap tentang transaksi tersebut, En Shahzad Iqbal, Ketua Pegawai Kewangan Kashf Foundation berkata, “Kashf Foundation didaftarkan sebagai sebuah Syarikat Kewangan Mikro Bukan Perbankan yang dikawal selia oleh Securities and Exchange Commission of Pakistan. Ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai institusi kewangan mikro khusus pertama di Pakistan, ia memulakan operasinya sebagai pereplika Grameen dan sejak itu, Kashf telah berjaya menempah nama dalam bidang yang berbeza dan unik untuk yayasan miliknya sendiri dalam sektor kewangan mikro di Pakistan dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang inovatif dan transformatif kepada isi rumah berpendapatan rendah terutamanya untuk kaum wanita. Pada masa ini, ia mempunyai jangkauan seramai lebih 600,00+ peminjam wanita di lebih 360 cawangannya dengan nilai GLP melebihi USD 90 juta.”

“Sekadar untuk berkongsi bahawa kami sentiasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan EMGA dalam transaksi baharu untuk mengembangkan rangkaian dan jangkauan kami. Ini adalah transaksi pertama kami dengan BIO dan juga transaksi pertama dalam mata wang Euro. Saya percaya BIO dan Kashf akan bekerjasama dan membina hubungan yang kukuh untuk meningkatkan rangkuman kewangan di Pakistan dan khususnya untuk kaum wanita. Transaksi ini akan membantu Kashf Foundation mengembangkan jangkauannya bukan sahaja di kawasan operasi sedia ada tetapi juga di kawasan geografi baharu di seluruh Pakistan.”

Pengarah Urusan merangkap Ketua Perbankan Pelaburan Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA)Sajeev Chakkalakal berkata, “Kami berbesar hati untuk meneruskan perkongsian jangka panjang kami dengan Kashf Foundation dan menyampaikan penyelesaian pembiayaan baharu ini walaupun dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu di Pakistan dan juga di peringkat global.” Turut mengulas tentang transaksi tersebut ialah Pengarah Urusan Emerging Markets Global Advisory Limited (EMGA), Jeremy Dobson , “Kami sungguh berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kashf Foundation sekali lagi dalam transaksi terbaharu ini dan membantu menyokong pangkalan pelanggan usahawan mikro wanita mereka.”

EMGA MELENGKAPKAN PENGUMPULAN MODAL BERNILAI EUR 9.4 JUTA UNTUK KASHF FOUNDATION DENGAN PEMBIAYAAN DARIPADA BIO

No comments:

Post a Comment