Monday, December 30, 2019

Mary Kay Inc sempurnakan tahun pentauliahan saintifik penting pada Mesyuarat ke-73 Persatuan Pakar Kimia Kosmetik

KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Mary Kay Inc telah menaja, bekerjasama dan menerokai aplikasi mikrobioma kulit dengan pakar terkemuka dalam bidang itu di Bandaraya New York pada Mesyuarat Ke-73 Persatuan Pakar Kimia Kosmetik baru-baru ini.

“Penyelidikan baharu mencadangkan bahawa mikrob memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit secara menyeluruh, dan sebagai pencipta inovasi penjagaan kulit terkemuka, Mary Kay telah banyak melabur untuk menerokainya bagi mengetahui impaknya,” kata Ketua Pegawai Saintifik Mary Kay, Dr Lucy Gildea.

“Kami mempunyai komitmen untuk bergiat aktif dalam komuniti kecantikan dan saintifik menerusi penyertaan dalam persidangan dermatologi seperti Mesyuarat Persatuan Pakar Kimia Komestik, di mana kami boleh berkongsi dan berlajar daripada pakar saintifik lain untuk membantu kami membangunkan lebih banyak produk yang berkesan”.

Menurut satu kenyataan, Mesyuarat Persatuan Pakar Kimia Komestik menghimpunkan lebih 1,300 peserta daripada kalangan pengeluar dan jenama produk penjagaan diri dan kosmetik terkemuka.

Peserta digalakkan untuk libat urus dengan penceramah yang membentangkan penyelidikan dan inovasi terkini yang penting kepada saintis kosmetik, bertukar-tukar idea dengan rakan dalam bidang sama dan berhubung dengan rakan di seluruh dunia.

Tahun ini, Mary Kay memberi tumpuan pada tiga teras dalam komitmennya terhadap kesihatan kulit termasuk pencemaran; halangan kesihatan kulit dan kulit sensitif, dan memahami penuaan kulit dan strategi intervensi.

Setaip tahun, Mary Kay menjalankan ratusan ribu ujian saintifik ke atas produk dan ramuannya untuk memastikan piawaian tertinggi bagi keselamatan, kualiti dan prestasi. Ia memegang lebih 1,500 paten bagi produk, teknologi dan rekaan pembungkusan dalam protfolio globalnya.

Maklumat lanjut di https://www.marykay.com.

No comments:

Post a Comment