Wednesday, December 18, 2019

TEMPAHAN BERMULA BAGI BILIK-BILIK POKÉMON PADA 18 DISEMBER DI APARTMENT HOTEL MIMARU



Bilik Pokémon (Foto: Business Wire)

- Lima Lokasi di Tokyo dan Kyoto akan Ada Bilik-bilik Tersedia mulai 24 Disember

TOKYO, 18 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cosmos Initia Co., Ltd, sebuah anggota bagi Kumpulan Daiwa House, dengan kerjasama The Pokémon Company, mengumumkan bahawa tempahan untuk Bilik-bilik Pokémon di lokasi APARTMENT HOTEL MIMARU di Tokyo dan Kyoto, telah dibuka pada hari ini untuk penginapan bermula pada Selasa, 24 Disember, dan seterusnya.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191217005372/en/ 


Lima lokasi MIMARU (lihat nota) di Tokyo dan Kyoto akan menampilkan Bilik-bilik Pokémon dengan dekor bertemakan Pokémon seperti gergasi Snorlax yang sedang tidur dan pinggan mangkuk dengan corak Bola Poké. Semua tetamu akan juga menerima barangan Pokémon secara percuma yang eksklusif kepada hotel itu.

Sistem tempahan dalam talian akan dibuka pada waktu tengah hari Masa Standard Jepun pada Rabu, 18 Disember, 2019 di
https://pokemon.mimaruhotels.com/en-us
NOTA: Semak lokasi yang tersedia di laman web yang disenaraikan di atas. Satu daripada lokasi di Kyoto akan dibuka untuk perniagaan pada 6 Februari, 2020.

Satu Gambaran Keseluruhan berhubung Bilik-bilik Pokémon
Dinding di ruang makan dan ruang tidur di setiap Bilik Pokémon mempunyai kertas hias dinding yang unik dengan motif Bola Poké. Terdapat juga sebuah gergasi Snorlax di setiap bilik dan pinggan mangkuk di ruang dapur dengan reka bentuk asal. Terdapat juga koleh dan pinggan untuk tetamu semasa penginapan mereka.

Barangan Asal sebagai Hadiah untuk Tetamu kami
  • Sebuah beg tali cerut reka bentuk asal, bukan untuk dijual di tempat lain
  • Sebuah kad selamat datang reka bentuk asal, bukan untuk dijual di tempat lain
  • Dua tuala tangan reka bentuk asal, bukan untuk dijual di tempat lain

NOTA: Terdapat dua jenis tuala tangan dengan reka bentuk yang unik untuk lokasi di Tokyo dan Kyoto.
NOTA: Lokasi di Tokyo adalah di Ueno TIMUR dan Hatchobori. Lokasi di Kyoto terletak di Shinmachi Sanjo, Stesen Kyoto, dan Kawaramachi Gojo.

Bilik-bilik disediakan untuk penginapan bermula pada Selasa, 24 Disember, 2019, dan seterusnya (tertakluk kepada ketersediaan). NOTA: Tempahan diterima bermula pada waktu tengah hari Masa Standard Jepun pada Rabu, 18 Disember, 2019.

• Hotel-hotel yang menawarkan Bilik-bilik Pokémon

        Bilik-bilik Pokémon akan disediakan di lima kemudahan berikut.

• MIMARU Tokyo, Ueno Timur, 4-26-3 Higashiueno, Taito-ku, Tokyo 110-0015

        Tiga minit berjalan kaki dari Jalan Keluar Iriya di Stesen JR Ueno
        https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/ueno-east/

• MIMARU Tokyo, Hatchobori, 3-8-8 Nihonbashi Kayabacho Chuo-ku, Tokyo 103-0025

          Dua minit berjalan kaki dari Jalan Keluar A5 atau B1 dari Stesen Hatchobori
          https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/hatchobori/

• MIMARU Kyoto, Shinmachi Sanjo, 105 Shinmachi-dori, Sankyo-dori, Nakagyo-ku, Kyoto 604-8206

            Lima minit berjalan kaki dari Jalan Keluar 4-2 dari Stesen Karasuma-oike
            https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/shinmachi-sanjo/

• Stesen MIMARU Kyoto, 15-1 Higashisanjo, Higashikujo, Minami-ku, Kyoto 601-8004

             Dua minit berjalan kaki dari Jalan Keluar Hachijo Timur dari Stesen JR Kyoto
             https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/kyoto-station/

• MIMARU Kyoto, Kawaramachi Gojo, 17-1 Hiraicho, Nishitakasegawasuji, Shimogyo-ku, Kyoto 600-8118
Nota: MIMARU Kyoto, kemudahan Kawaramachi Gojo merancang untuk dibuka pada 6 Februari, 2020.

        Tiga minit berjalan kaki dari Jalan Keluar 1 dari Stesen Kiyomizu-gojo
        https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/kawaramachi-gojo/

​​​​​​​© 2019 Pokémon. © 1995–2019 Nintendo, Creatures Inc., GAME FREAK Inc.

• APARTMENT HOTEL MIMARU
APARTMENT HOTEL MIMARU, dalam talian di https://mimaruhotels.com/, adalah sebuah hotel ala bandar yang direka untuk memenuhi keperluan keluarga atau kumpulan untuk penginapan bagi tempoh sederhana hingga jangka panjang, dan menawarkan bilik-bilik yang lengkap dengan dapur kecil, dan ruang keluarga dan ruang makan. Dengan ruang dan perkhidmatan yang membolehkan keluarga untuk berehat dalam bilik-bilik berukuran 40m2 (430.6 kaki2), rantaian hotel ini menawarkan satu cara baharu untuk tinggal di Jepun.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191217005372/en/ 


Hubungi 

Kazuyuki Tanaka, Yuki Okihara
Bahagian Pemasaran, Jabatan Pengurusan
Cosmos Hotel Management Co., Ltd.
Tel: +81-3-5444-3600
E-mel: info@chm.cigr.co.jp

Sumber : Cosmos Hotel Management Co., Ltd. 

No comments:

Post a Comment