Sunday, December 8, 2019

TINJAUAN GLOBAL BAHARU MENUNJUKKAN SALAH FAHAM TENTANG KANSER PARU-PARU DALAM KALANGAN ORANG AWAM

Tinjauan juga menunjukkan bahawa orang ramai percaya prognosis penyakit itu adalah teruk dan terdapat permintaan untuk perubahan dalam pengesanan kanser paru-paru

LONDON, 28 Nov (Bernama--GLOBE NEWSWIRE) -- Hanya satu dalam setiap lima orang (22%) tidak bersetuju dengan kenyataan “umumnya, pesakit dengan kanser paru-paru telah menyebabkan penyakit mereka menerusi pilihan gaya hidup dan tingkah laku mereka,” menurut tinjauan omnibus global yang dijalankan oleh Ipsos MORI dan ditaja oleh Lung Ambition Alliance. Keputusan itu dikeluarkan selaras dengan pengakhiran Bulan Kesedaran Kanser Paru-paru Kebangsaan. Kanser paru-paru ialah penyakit yang masih dikaitkan dengan stigma. Stigma kanser paru-paru adalah bermasalah dan boleh mempengaruhi perokok untuk rasa bersalah dan melewatkan masa untuk berjumpa doktor mereka untuk membincangkan simptom yang mungkin timbul.1

Keputusan tambahan kajian tersebut menunjukkan:
Majoriti orang (59%) yakin bahawa dalam tempoh lima tahun, jumlah lebih tinggi bagi orang yang didiagnosis dengan kanser paru-paru akan sembuh berbanding sekarang. 
  • Namun hakikatnya hari ini, kira-kira hanya satu dalam setiap lima orang masih hidup dalam lima tahun selepas diagnosis pertama2, walaupun terdapat kemajuan terbaru pada peranan positif pengesanan awal dan rawatan baharu, perjalanan masih jauh untuk meningkatkan peluang hidup dengan ketara.
  • Kini merupakan masa yang sesuai untuk mempergiat usaha terhadap kanser paru-paru dan mencari penyelesaian baharu yang boleh melambatkan perkembangan penyakit.
Hampir sembilan dalam setiap 10 orang (87%) menyokong pelaksanaan program kebangsaan di negara mereka untuk meningkatkan pengesanan kanser paru-paru pada peringkat awal. Dalam peratusan tersebut, hampir dua dalam setiap tiga orang (62%) mengisytiharkan bahawa mereka “amat” menyokong perlaksanaan program tersebut.
  • Namun hakikatnya, di peringkat global, banyak negara yang masih belum menerima pakai pemeriksaan kanser paru-paru walaupun terdapat bukti menunjukkan bahawa pemeriksaan kanser paru-paru boleh menyelamatkan nyawa.3,4,5 40 peratus orang didiagnosis selepas penyakit mereka telah merebak di luar paru-paru, mengurangkan potensi rawatan dengan tujuan penyembuhan.6
  • Kini merupakan masanya untuk mempertimbangkan pengujian diagnostik sebagai keutamaan utama untuk mereka yang berisiko menghidap kanser paru-paru dan menyokong penggunaan panduan yang boleh membantu untuk meningkatkan kadar pemeriksaan.

Patrick Connor, Naib Presiden dan Ketua Francais Global, Mekanisme Pemacu dan Ketahanan Tumor, AstraZeneca, berkata: “Jelas kita telah membawa kemajuan ketara dalam kanser paru-paru, namun, kita tahu bahawa masih banyak yang boleh kita lakukan untuk menambah baik hasil untuk penyakit yang teruk ini. Keputusan tinjauan itu mencadangkan bahawa orang ramai di seluruh dunia mengharapkan kita boleh melakukan dengan lebih banyak untuk pesakit kanser paru-paru dengan menumpukan perhatian pada pemeriksaan dan diagnosis awal, pembangunan berterusan untuk rawatan inovatif dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. Kita harus bertindak sekarang.”

Jesme Fox, Setiausaha GLCC, berkata: “Penting untuk memahami pandangan orang awam tentang kanser paru-paru. Keputusan tinjauan ini adalah menggalakkan, kebanyakan mereka berasa optimistik tentang peluang hidup masa depan yang lebih baik untuk pesakit kanser paru-paru dan juga menyokong pelaksanaan pemeriksaan kanser paru-paru. Namun, banyak lagi perlu dilakukan untuk mengurangkan stigma dan pandangan negatif yang dikaitkan dengan penyakit ini.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12852

No comments:

Post a Comment