Thursday, December 19, 2019

PEMBETULAN DAN MENGGANTIKAN FOTO ZYNGA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-110 BUGATTI DENGAN SIRI ACARA CSR RACING 2 ISTIMEWA

Pemain-pemain Boleh Berlumba dan Mengumpulkan Kereta Sport Hiper yang Direka oleh Bugatti secara Eksklusif dalam Permainan

SAN FRANCISCO, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sila gantikan foto itu dengan foto baru yang disertakan.

Siaran akhbar ini mengandungi multimedia. Lihat siaran penuh di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191204005025/en/

Siaran media itu dibaca:

Zynga Meraikan Ulang Tahun ke-110 Bugatti dengan Siri Acara CSR Racing 2 Istimewa

Pemain-pemain Boleh Berlumba dan Mengumpulkan Kereta Sport Hiper yang Direka oleh Bugatti secara Eksklusif dalam Permainan 

Hari ini,  Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, akan melancarkan satu siri acara dengan kerjasama pengeluar kereta sport hiper Bugatti di dalam permainan perlumbaan seret mudah alih popular, CSR Racing 2 (CSR2). Siri acara itu, yang meraikan ulang tahun ke-110 Bugatti, akan memberikan pemain-pemain dengan peluang untuk mengumpul dan bersaing dengan kereta-kereta sukan hiper yang paling berkuasa dan eksklusif di dunia dalam CSR2.

“Bugatti adalah satu daripada pengeluar kereta yang paling ikonik dan dihormati di dunia, dan kami benar-benar terasa dihormati untuk meraikan satu kejayaan penting itu dengan mereka,” kata Julian Widdows, Naib Presiden bagi CSR2. “Pasukan kami bekerja tanpa mengenal penat untuk memastikan segala-galanya dari bentuk kereta yang anggun dan bergaya kepada enjin mereka yang berkuasa adalah dibentuk dengan tulen dalam permainan. Ini adalah yang paling dekat yang boleh dicapai untuk memiliki sebuah Bugatti tanpa benar-benar membeli satu.”

Siri itu mempamerkan 24 kereta Bugatti yang berbeza, tiga daripadanya boleh didapati secara eksklusif dalam CSR2. Pemain-pemain boleh melihat kereta-kereta itu dalam realiti terimbuh, dengan memberikan mereka pengalaman untuk duduk di dalam kerusi pemandu bagi kereta sport hiper yang paling menggiurkan yang pernah direka. Penyatuan itu mempunyai tujuh acara yang berbeza dalam tempoh lapan minggu, dan akan diketengahkan dalam satu versi beta berterusan bagi ciri-ciri pemain lawan pemain baharu CSR2, Bersemuka.

CSR2 Bugatti Eksklusif:
  • Chiron Super Sport 300: pengeluaran kereta siri pertama yang dapat memecahkan halangan ajaib 300 batu sejam
  • La Voiture Noire: satu karya agung pelancongan sekali sahaja
  • Centodieci: penghormatan yang baru dikeluarkan kepada kereta sport super moden, EB110
 
“Hiburan interaktif adalah satu pemacu utama untuk keghairahan generasi muda pada hari ini bagi kereta dan satu cara terbaik untuk terus berhubung dengan peminat di seluruh dunia,” kata Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann. “Kami sangat teruja bahawa melalui perkongsian ini dengan Zynga, peminat kami mempunyai peluang untuk mengalami semua kereta sport hiper Bugatti kami yang terbaru dan eksklusif di CSR2.” 

Setiap aspek bagi 24 buah kereta Bugatti itu, dari gril kepada warna cat, kemasan papan pemuka dan jahitan, telah dicipta semula dengan cermat di dalam CSR2 untuk mencerminkan kereta sport hiper yang sebenar. Pemain-pemain boleh menerokai kereta-kereta itu dengan mengetuk titik khas untuk mencetuskan animasi yang ditempah buatan tangan, yang membolehkan mereka untuk membuka pintu, menutup hud, memeriksa ruang enjin, memanjangkan spoiler dan banyak lagi.

CSR2 kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma di  App Store serta di  Google Play Store. Untuk maklumat lanjut mengenai CSR2, sila layari saluran komuniti permainan itu di Facebook, Twitter, Instagram, dan YouTube

Nota Editor – Untuk melihat aset sokongan bagi  CSR Racing 2 (CSR2), sila klik di sini: https://app.box.com/s/56junq0iv8ibm2dx0mqfo8hpkd7qlk64 

Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook

Maklumat mengenai Bugatti 

Bugatti Automobiles S.A.S. mengeluarkan kereta sport hiper yang paling berkuasa, terpantas, paling eksklusif dan mewah di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1909, jenama mewah Perancis itu telah berpangkalan di dalam dan di luar Molsheim, Alsace. Veyron itu telah dibuat di sana antara tahun 2005 dan 2015, kereta sport hiper moden yang pertama, di mana 450 kenderaan telah dibina dengan tangan. Sejak musim luruh tahun 2016, kakitangan di Molsheim telah menghasilkan model Chiron1

Dengan pengeluaran sebanyak 1,500 hp, yang belum pernah dicapai oleh pengeluaran kenderaan, sebuah tork bagi 1,600 newton meter pada 2,000 hingga 6,000 rpm dan pelbagai inovasi teknikal, Chirontelah menetapkan standard baharu di dalam kejuruteraan automotif sejak itu. 

Pada tahun 2017, Bugatti telah menyerahkan 70 kenderaan kepada pelanggan, menjelang tahun 2018 angka ini telah meningkat kepada 76. Lebih daripada 80 kenderaan akan diserahkan kepada pelanggan pada tahun 2019. Bugatti telah mengumumkan pembinaan 500 model -- pada masa ini hanya 100 Chiron boleh ditempah. Pengeluaran bagi Divo2, sebuah kenderaan yang dioptimumkan untuk pecutan lateral, akan dimulakan tidak lama lagi. 

Bugatti telah menjadi sebahagian daripada Kumpulan Volkswagen sejak tahun 1998 dan mempunyai lebih daripada 300 orang pekerja. Sebahagian besar daripada kerja ini adalah di Molsheim di Alsace. Dengan 37 peniaga dan rakan perkhidmatan di 18 buah negara di Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah dan Asia Pasifik, Bugatti adalah sebuah syarikat bertaraf global. 

1 Penggunaan bahan api, I/100km: bandar 35.2 / bandar tambahan 15.2 / gabungan 22.5; pengeluaran CO  yang digabungkan, g/km: 516; kelas kecekapan: G 

2Penggunaan bahan api, I/100km: tidak tertakluk kepada Arahan 1999/94/EC memandangkan kelulusan jenis keseluruhan pada masa ini belum tersedia 

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan 

Siaran media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, pengeluaran acara-acara dan ciri-ciri permainan CSR Racing 2 pada masa akan datang. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “berhasrat,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang pada umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian itu atau kejayaan ke atas perkara itu yang dicakupi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang melibatkan risiko, ketidakpastian, dan anggapan yang signifikan. Kebergantungan tidak wajar tidak harus diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, yang didasarkan kepada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini adalah atau akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Hubungan Pelabur kami di http: http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov. 

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191204005025/en/ 

Hubungi 

Hubungan Media Zynga:
Kenny Johnston
kjohnston@zynga.com | (602) 999-1890

Atau

Hubungan Bugatti Automobiles S.A.S.:
Tim Bravo
Ketua bagi Komunikasi
Telefon Bimbit: +33 640 151969
E-mel: tim.bravo@bugatti.com 

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

No comments:

Post a Comment