Wednesday, August 19, 2020

KANDUNGAN VIDEO DISTRIM MENDOMINASI PENGGUNAAN MEDIA DAN HIBURAN DI ASIA-PASIFIK MENURUT INDEKS VIDEO GLOBAL BRIGHTCOVE Q2 2020

Tontonan video sepanjang Suku Kedua meningkat 40% dan TV pintar  berkembang 160% apabila penggunaan terhadap kandungan berita dan hiburan meningkat hampir dua kali ganda semasa pandemik COVID-19


SINGAPURA, 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Brightcove Inc. (NASDAQ: BCOV), peneraju platform teknologi video dunia, hari ini menerbitkan Brightcove Q2 2020 Global Video Index Entertainment and Media Edition, yang mendapati bahawa penstriman OTT akan kandungan hiburan terus mendominasi, biarpun selepas kerajaan melonggarkan sekatan terhadap perintah tinggal di rumah.  Data menunjukkan habit penggunaan media para pengguna berkemungkinan berubah daripada menonton TV linear, memperkukuhkan penstriman sebagai pilihan utama untuk tontonan hiburan.

Indeks Video Global Suku Kedua Brightcove menganalisa berbilion-bilion titik data terkini daripada pelanggan Brightcove di seluruh dunia yang memberikan pemahaman bagaimana para penonton menonton kandungan video.  Data suku kedua (Q2) ini menunjukkan penggunaan kandungan berita dan hiburan meningkat hampir dua kali ganda (40%) daripada suku pertama (Q1) (23%) – satu penemuan yang signifikan memandangkan Q2 biasanya menunjukkan perkembangan perlahan dalam penontonan video berbanding Q1.  Melihat kepada enam bulan  pertama 2020 berbanding 2019, jumlah tontonan keseluruhan meningkat lebih daripada 30%.

“Pasaran Penstriman video Asia-Pasifik dijangka mencapai $31 billion menjelang 2025 dan dengan teknologi 5G yang sudah tiba, kita akan terus menyaksikan para pengguna beralih kepada peranti mudah alih mereka untuk menstrim kandungan video,” kata Jim O’Neill, Penganalisa Utama dan Penulis Indeks Video Global Brightcove.  “Tambahan lagi, GSMA melaporkan bahawa akan ada 663 juta pengguna internet mudah alih di Asia-Pasifik menjelang 2025 – tambahan kepada dua billion yang ada di rantau ini sekarang.  Dengan bilangan ini serta rangkaian yang lebih pantas dan jalur lebar yang lebih banyak, akan terus memacu kadar penggunaan lebih tinggi daripada yang ada pada hari ini.
 
Di platform mana para pengguna memilih untuk menonton kandungan mereka juga berubah.  Televisyen pintar (CTVs) menyaksikan peningkatan paling tinggi dalam suku kedua (160% tahun atas tahun), membuktikan akan kemunculan semula skrin besar sebagai medium tontonan pilihan untuk hiburan.

Penemuan penting lain yang diperolehi daripada Indeks Video Global Suku Kedua 2020 Brightcove khusus kepada rantau Asia-Pasifik termasuklah:

· Telefon pintar adalah skrin utama untuk video. APAC terus menjadi rantau yang hampir semuanya mudah alih dengan tontonan video pada atau hampir 90% untuk sesetengah kawasan.
· Telefon pintar Android terus mendominasi pasaran.  Kandungan ditonton lapan kali lebih tinggi menggunakan telefon pintar Android berbanding iPhone, satu lagi trend yang konsisten untuk beberapa kawasan.
· Para pengguna yang menonton kandungan yang lebih lama menggunakan peranti mudah alih. Asia-Pasifik menyaksikan kadar penontonan tertinggi untuk kandungan yang sangat lama (41+minit) iaitu 66%.

“2020 merupakan detik evolusi video, dan penstriman kandungan video hiburan merupakan satu aspek yang kita akan saksikan peningkatan berterusan,” kata Jeff Ray, Ketua Pegawai Eksekutif Brightcove.  “Krisis ini memberi kesan kepada orang ramai dari segi emosi dan kewangan, menyebabkan hubungan manusia melalui kandungan video menjadi semakin penting berbanding sebelum ini.  Kita menyaksikan keadaan ini berlaku dengan peningkatan pelangganan perkhidmatan strim, menunjukkan penggunaan hiburan masa hadapan terletak pada peranti pintar  dan mudah alih – televisyen linear akan pupus tidak lama lagi.”

Untuk memuat turun Brightcove Q2 2020 Global Video Index Entertainment and Media Edition termasuk kesemua data, lawati https://www.brightcove.com/en/video-index

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penemuan suku tahun ini, tonton webinar eksklusif Jim O’Neill pada 15 September.  Untuk mendaftar lawati https://get.brightcove.com/global-video-index-2020-q2/

Mengenai Indeks Video Global

Indeks Video Global Brightcove menilai lebih daripada 400 bilion titik data tanpa perincian pengenalan diperolehi daripada beribu-ribu pelanggan Brightcove setiap suku tahunan bagi mendapatkan pemahaman yang boleh membantu membimbing perniagaan-perniagaan pelbagai saiz membuat keputusan strategik dan taktikal.

Mengenai Brightcove Inc. (NASDAQ: BCOV)

Kami adalah syarikat yang menerajui platform teknologi video dunia.  Dengan teknologi dan perkhidmatan kami yang memenangi anugerah, kami membantu organisasi di lebih daripada 70 negara bagi memenuhi cabaran-cabaran perniagaan dan mengadakan peluang-peluang strategik dengan memberikan inspirasi, hiburan dan menarik minat khalayak mereka melalui video.

Sejak Brightcove ditubuhkan pada 2004, kami terus melakukan lebih daripada sepatutnya bagi mewujudkan satu platform untuk mereka yang serius terhadap video: video yang kukuh, boleh skala dan bersifat intuitif.  Mendapat manfaat daripada infrastruktur global, khidmat pelanggan yang tiada bandingan dan ekosistem bersifat intensif rakan kongsi dan pelaburan tanpa henti dalam R&D, video Brightcove menetapkan piawaian terhadap pengurusan, pengedaran dan pengewangan video bergred profesional.  Untuk maklumat lanjut, lawati www.brightcove.com.

Lihat sumber asal di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200818005473/en/

Hubungi

Radha K Raman
Pengarah Pemasaran, APAC
Brightcove | +65 3163 5555
rraman@brightcove.com

Meredith Duhaime
Pengurus Kanan Hubungan Awam Brightcove | 603-785-8518
mduhaime@brightcove.com

Sumber : Brightcove Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment