Tuesday, August 18, 2020

MARY KAY ASH DINAMAKAN DI ANTARA IKON HAK SIVIL, ARTIS PALING LARIS, DAN LEGENDA PERNIAGAAN PADA SENARAI WANITA TERBAIK ABAD INI USA TODAY

 


Table

Mary Kay Ash, eksekutif perniagaan dan dermawan legenda, telah dinobatkan di antara Wanita Terbaik Abad ini oleh USA TODAY. (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 18 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk memperingati ulang tahun ke-100 bagi pindaan ke-19 dan hak wanita untuk mengundi di Amerika Syarikat, USA TODAY telah mengeluarkan WANITA TERBAIK ABAD INI USA TODAY 100, satu senarai terdiri daripada ikon wanita di dalam hiburan, politik, hak sivil, sukan, seni, sains dan perniagaan yang telah memberikan impak terbesar kepada masyarakat Amerika pada abad yang lalu. Mary Kay Ash, eksekutif perniagaan dan dermawan legenda, telah dinobatkan sebagai di antara wanita yang diberikan penghormatan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200817005557/en/

Mary Kay Ash telah mengasaskan Mary Kay Cosmetics (kini Mary Kay Inc.) pada tahun 1963 berikutan kejayaannya di dalam kerjaya jualan. Setelah diketepikan untuk kenaikan pangkat terlalu banyak kali oleh kaum lelaki, Mary Kay telah menggunakan kepintarannya di dalam perniagaan untuk membina sebuah syarikat oleh wanita, untuk wanita. 57 tahun kemudian, produk Mary Kay dan perunding kecantikan bebas berada di hampir 40 buah negara di seluruh dunia. Sebelum kematian beliau pada tahun 2001, Mary Kay juga telah mengasaskan Yayasan Amal Mary Kay Ash, yang telah mengumpulkan lebih $90 juta untuk mangsa keganasan rumah tangga dan penyelidikan kanser.

“Mary Kay sentiasa mendahului zamannya,” kata Ryan Rogers, Ketua Pegawai Pelaburan di Mary Kay Inc. dan cucu kepada Mary Kay Ash. “Beliau sudah pasti merasa terhormat dan rendah hati untuk dinamakan di antara begitu banyak wanita luar biasa di dalam Wanita Terbaik Abad ini USA TODAY 100. Namun senarai ‘wanita teratas’ peribadi Mary Kay sudah pasti lebih panjang. Beliau melihat potensi di dalam setiap wanita.”

Wanita lain yang diberikan penghormatan termasuk Dolly Parton, Gloria Estefan, Anna May Wong, Hillary Clinton, Michelle Obama, Eleanor Roosevelt, Rosa Parks, Billie Jean King, Oprah Winfrey, Maya Angelou dan “Hidden Figures” Mary Jackson, Katherine Coleman Johnson, dan Dorothy Vaughan. Wanita dipilih melalui pencalonan dan kemudian ditapis  melalui perbincangan ketat oleh panelis pakar di setiap negeri di seluruh negara itu.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menghasilkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan pemakanan tambahan yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200817005557/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment