Friday, August 7, 2020

ZYNGA MENGIKAT PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEHI ROLLIC YANG BERPANGKALAN DI ISTANBUL, SATU DARIPADA SYARIKAT PERMAINAN MUDAH ALIH HIPER-KASUAL YANG PALING PANTAS BERKEMBANG

 


  • Memasuki ke dalam Satu daripada Kategori Permainan Mudah Alih Terbesar dan Paling Pantas Berkembang
  • Portfolio Mengujakan bagi Permainan Hiper-Kasual yang Popular dengan lebih daripada 5 Juta DAU Mudah Alih dan 65 Juta MAU Mudah Alih
  • Memperluas dan Mempelbagaikan Perniagaan Pengiklanan Zynga
  • Menambahkan sebuah Pasukan yang Sangat Berbakat dan Rangkaian Pemaju Luaran yang Luas
  • Pemerolehan Dijangka Ditutup pada 1 Oktober, 2020
SAN FRANCISCO, 6 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengikat satu perjanjian untuk memperolehi Rollic yang berpangkalan di Istanbul, sebuah pemaju dan penerbit permainan mudah alih dengan satu portfolio menarik bagi permainan hiper-kasual popular yang telah dimuat turun lebih 250 juta kali. Dengan pemerolehan ini, Zynga memasuki pasaran hiper-kasual – satu daripada kategori permainan terbesar dan paling pantas berkembang di telefon bimbit – dan menambahkan sebuah pasukan yang sangat berbakat dan sebuah rangkaian pemaju luaran yang menyeluruh. Rollic akan dengan penuh makna meningkatkan audiens kami dan mengembangkan perniagaan pengiklanan kami.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20200805005030/en/
 
Ditubuhkan pada Disember 2018 oleh Burak Vardal, Deniz Basaran dan Mehmet Can Yavuz, Rollic adalah sebuah penerbit hiper-kasual dan pemaju permainan yang berpangkalan di Istanbul, Turki. Lapan daripada permainan Rollic telah mencapai Nombor 1 atau Nombor 2 bagi permainan muat turun percuma teratas di App Store Amerika Syarikat, dan keluaran terbaharu mereka, Go Knots 3D dan Tangle Master 3D, adalah dua permainan teratas yang paling banyak dimuat turun di App Store Amerika Syarikat pada suku kedua tahun 2020. Judul-judul Rollic pada masa ini mempunyai lebih daripada 5 juta pengguna aktif harian mudah alih (DAU) dan 65 juta pengguna aktif bulanan mudah alih (MAU).

“Kami sangat teruja untuk berkembang ke dalam kategori hiper-kasual dengan pemerolehan Rollic, satu daripada pemaju dan penerbit hiper-kasual yang paling pantas berkembang di seluruh dunia pada tahun 2020, yang diketuai oleh sebuah pasukan yang sangat kreatif,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif Zynga. “Dengan Rollic, kami dengan penuh makna meningkatkan audiens kami, mengembang dan mempelbagaikan perniagaan pengiklanan global kami, dan menambahkan kepada rangkaian permainan dan jaringan pemaju kami. Zynga dan Rollic berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang dengan lebih pantas bersama.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13653

No comments:

Post a Comment