Friday, August 28, 2020

KERAJAAN MALAYSIA MENJADIKAN TRANSFORMASI DIGITAL SEBAGAI KEUTAMAAN DALAM MENAIK TARAF SERVIS PENYAMPAIAN AWAM

 Solusi bersama daripada Rakyat untuk memacu pendigitalan servis penyampaian kerajaan dalam menangani perubahan situasi operasi pasca pandemik COVID-19

 
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Malaysia akan terus memacu pendigitalan servis penyampaian kerajaan dalam menangani situasi ‘norma baharu’ akibat pandemik COVID-19. Inisiatif yang diumumkan pada 5 Jun 2020 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA), didorong oleh servis penyampaian yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi menangani krisis kesihatan global semasa, PENJANA telah melancarkan beberapa inisiatif untuk merangsang semula aktiviti ekonomi dan menjana pemulihan ekonomi. Salah satu inisiatif baharu yang penting ialah MYHackathon, sebuah projek dengan matlamat segera untuk menaik taraf dengan lebih lanjut servis penyampaian terpilih kerajaan yang terkesan akibat pandemik.

MYHackathon ialah inisiatif pelbagai agensi yang mengujakan, diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan (MOF), serta dikelolakan oleh pasukan gerak kerja diketuai oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dengan sokongan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan UniMAKER. Konsep MYHackathon adalah berdasarkan objektif untuk memastikan keselamatan orang awam dan cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan servis penyampaian kerajaan secara bersemuka. Melalui solusi bersama dan pertukaran idea, MYHackathon secara inklusifnya akan merangsang pembangunan bakat, mencipta peluang dan memperkasakan kehidupan Rakyat. Dengan objektif ini, MYHackathon ialah hasil daripada respon kerajaan terhadap pandemik, serta cabaran ekonomi yang terhasil daripadanya.

Menurut YB Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI, pandemik COVID-19 telah menunjukkan cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya kepada industri, perdagangan, dan komuniti secara menyeluruh.

“Sementara kita terus membudayakan dan beradaptasi dengan norma baharu, adalah penting untuk semua, termasuk Kerajaan, industri, dan individu untuk bekerja seiring bagi mengatasi cabaran-cabaran ini dan bangkit dengan lebih kuat sebagai sebuah negara. Inilah peluang di mana solusi digital dan pemain teknologi berperanan penting memandangkan kita kini menuju ke arah pemulihan ekonomi dan meningkatkan tahap efisien. Dengan matlamat ini, kita telah mengenal pasti lingkungan pernyataan masalah dalam kerajaan yang memerlukan solusi yang konkrit dan implementasi yang pantas. Sasaran ini tentunya menjadikan hidup rakyat Malaysia lebih baik. Kami bersedia untuk mendengar apa yang anda boleh utarakan!”

Walau pun terdapat perkembangan terkini yang signifikan dalam tahap efisien servis awam, MYHackathon akan membantu memacu usaha awal yang dibuat ke arah pendigitalan badan awam untuk memenuhi cabaran norma baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Rafiza Ghazali menyatakan bahawa pendigitalan adalah kritikal untuk pembangunan ekonomi dan sosial. Menerusi pendigitalan, pihak Kerajaan dapat menyediakan servis untuk mengatasi ramalan perubahan oleh orang awam dan perniagaan, terutamanya pada masa belanjawan yang ketat dan meningkatnya cabaran yang rumit.

“MYHackathon menyasarkan untuk menjadi salah satu pemangkin utama dalam revolusi digital untuk negara. Kami mahu hackathon ini memacu pemikiran dan kreativiti, sekaligus mencipta persekitaran positif yang akan mengimplementasikan penggunaan teknologi dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kebajikan awam, penjagaan kesihatan dan logistik. Pendigitalan sepatutnya tidak boleh ditangguhkan kerana situasi semasa yang kita hadapi; sebaliknya ia perlu dipercepatkan. Kita perlu mempercepatkan pendigitalan dengan lebih mendalam untuk memperkemas dan menjadikan proses tersebut automatik, menghubungkan bahagian berlainan dalam kerajaan dengan efisien dan mengurangkan beban masyarakat dan perniagaan untuk mencapai akses servis awam. Secara kritikalnya, kita perlu menggunakan inovasi teknologi ke arah penyampaian servis awam yang berkesan supaya dapat meningkatkan lagi kadar pemulihan ekonomi negara,”

MYHackathon akan dianjurkan menerusi 2 laluan; SPRINT dan MARATHON, dan bakal diadakan di 6 lokasi seluruh Malaysia. Laluan Idea SPRINT akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan mendaftar sebagai individu berpasukan yang terdiri daripada dua hingga lima orang. Laluan MARATHON pula akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam sebuah pasukan yang terdiri daripada dua hingga lima tahun, serta syarikat pemula yang layak. Walau bagaimanapun, laluan MARATHON adalah untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat atau pertubuhan, menerusi anugerah geran.

Hadiah untuk kategori SPRINT merangkumi wang tunai (sehingga RM 10,000) dan hadiah menarik, manakala hadiah untuk kategori MARATHON pula merangkumi geran bersyarat kerajaan berjumlah RM 250,000 daripada Cradle untuk digunakan dalam pembangunan prototaip solusi yang bakal disampaikan.

Tiga pemenang utama daripada setiap pusingan juga akan bersaing untuk pusingan akhir (‘Battle of the Best”) untuk peruntukan pembiayaan tambahan.

Pendaftaran MYHackathon akan dibuka pada 12 September 2020. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang: www.myhackathon.com.my atau emel kepada : hello@myhackathon.com.my

TENTANG CRADLE FUND SDN BHD (CRADLE)

Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) ialah peneraju berpengaruh paling awal di Malaysia untuk syarikat pemula berasaskan teknologi peringkat awal. Misi kami adalah untuk mencipta sebuah ekosistem yang menyokong persekitaran pembangunan perniagaan yang kukuh dan inovatif untuk usahawan teknologi melalui Cradle Investment Programme (CIP). Ditubuhkan pada tahun 2003 dengan mandat untuk membiayai syarikat pemula teknologi mula yang berkaliber tinggi, Cradle telah menyokong lebih daripada 1,000 syarikat berasaskan teknologi Malaysia dalam pelbagai sektor dan memegang kadar pengkomersialan tertinggi dalam kalangan agensi pembiayaan di negara ini.

Cradle juga menjalankan Coach & Grow Programme (CGP), sebuah program bimbingan berteraskan pasaran yang melatih usahawan dan mentadbir program Angel Tax yang direka untuk merangsang dan menggalakkan pelabur persendirian dalam menyokong sektor syarikat pemula teknologi.

Program yang ditawarkan oleh Cradle ini tidak terhad kepada bantuan kewangan, tetapi juga merangkumi sokongan pengkomersialan dan pelbagai servis nilai tambah yang lain untuk memacu pertumbuhan.

Cradle ialah agensi berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cradle.com.my

TENTANG MALAYSIAN GLOBAL INNOVATION & CREATIVITY CENTRE (MaGIC)

MaGIC meneroka dan memperkasakan syarikat pemula teknologi dan pencinta inovasi sosial menerusi kreativiti, adaptasi inovasi dan teknologi, dan membangunkan ekosistem keusahawanan yang rancak dan lestari di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 2014, MaGIC telah menyediakan komuniti syarikat pemula, pelabur dan pemain ekosistem dengan program pembinaan kapasiti, pasaran dan peluang pembiayaan serta bantuan kawal selia yang memberi impak kepada lebih daripada 100,000 usahawan berpengalaman dan beraspirasi dengan nilai ciptaan keseluruhan yang bernilai RM 1.9 bilion. Sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MaGIC memudahkan, memandu dan mengupayakan ekosistem dengan misi untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara inovasi yang membangun. Untuk informasi lebih lanjut tentang MaGIC, sila layari www.mymagic.my

TENTANG UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ialah salah satu daripada beberapa agensi di Malaysia yang ‘memodenkan dan mereformasikan’ sektor awam dalam bahagian reformasi pentadbiran. MAMPU ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mampu.gov.my

TENTANG UNIMAKER

UNIMAKER (University Makers) – adalah sebuah pertandingan inovasi yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sebagai saluran untuk menyuburkan dan memupuk Maker’s Movement dalam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unimaker.my

SUMBER: Cradle Fund Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Caroline Jintoni
Tel: +019 – 293 9096
E-mel: caroline@cradle.com.my

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment