Friday, August 7, 2020

Zynga Mengumumkan Keputusan Kewangan Suku Kedua 2020

SAN FRANCISCO, 6 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan mereka bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2020 dengan memaparkan Surat Perolehan Suku Tahun Q2 2020 pengurusan pada laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Perolehan Suku Tahun yang dilampirkan atau layari http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results untuk mengakses surat tersebut.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200805005297/en/

“Kami menyampaikan keputusan yang luar biasa pada suku kedua, dengan mencapai pendapatan dan tempahan suku tahunan kami yang paling tinggi dan menghasilkan aliran tunai pengoperasian suku tahunan terbaik buat Zynga dalam tempoh lebih lapan tahun. Kami juga melaksanakan pemerolehan transformasi kami bagi Peak dan sekarang memasuki suku ketiga dengan lapan francais forever, menambahkan skala yang signifikan kepada asas perkhidmatan langsung kami,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif Zynga. “Selain itu, kami telah membuat satu perjanjian untuk memperolehi Rollic, pemaju dan penerbit yang berpangkalan dari Istanbul yang mempunyai sebuah portfolio bagi permainan hiper-kasual yang popular di satu daripada kategori permainan mudah alih terbesar dan paling pantas berkembang.”

Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 2:00 petang Waktu Pasifik (5:00 petang Waktu Timur) hari ini untuk membincangkan mengenai pencapaian syarikat itu. Soalan boleh diajukan semasa panggilan persidangan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak mungkin soalan.
 
Panggilan persidangan itu boleh diakses di http://investor.zynga.com –  satu ulang semula akan tersedia melalui laman web itu selepas panggilan itu – atau melalui nombor mendail persidangan di bawah:
 
• Nombor Mendail Bebas Tol: (800) 537-0745
• Nombor Mendail Antarabangsa: (253) 237-1142
• ID Persidangan: 5769759
 
Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Kenyataan yang Berpandangan ke hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, unjuran panduan bagi pendapatan dan tempahan tahun penuh 2020 dan pemerolehan Rollic. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “bercadang,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan-kenyataan dalam bentuk kala kelak yang umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan yang signifikan. Kebergantungan berlebihan tidak seharusnya diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut tentang risiko, ketidaktentuan, dan tanggapan ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (“SEC”), dan salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di  http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Nota Editor

Untuk memuat turun rakaman bahagian filem B-roll Zynga dan visual penting bagi permainan itu, sila layari: https://bit.ly/ZyngaQ22020

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200805005297/en/

Hubungi

Perhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Media:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com

Sumber : Zynga

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


No comments:

Post a Comment