Tuesday, August 18, 2020

KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG MENCATAT KEMAJUAN DI DALAM PEMBUKAAN, PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR

CHONGQING, China, 17 Ogos, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang semakin mempercepatkan langkah di dalam usaha mereka ke arah sebuah wilayah yang terbuka dan pintar, dengan satu pertunjukan langsung promosi dalam talian yang berinovatif dilancarkan pada 13 Ogos.

Pertunjukan langsung itu telah diadakan di lebih 10 platform media dan memaparkan pelbagai produk pelancongan dan produk kebudayaan kreatif dari Liangjiang, yang telah menarik lebih  20 juta tontonan, demikian menurut Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang.

Pertunjukan langsung itu adalah merupakan satu aktiviti promosi pelancongan kebudayaan berskala besar yang diterajui oleh kerajaan yang telah menarik penyertaan masyarakat yang meluas. Terletak di persimpangan Sungai Yangtze dan Sungai Jialing, Chongqing adalah sebuah destinasi pelancongan yang popular kepada pelancong dari dalam dan luar negara hasil daripada landskap bandar tiga dimensi dan ciri-ciri kebudayaan mereka yang unik.

Sebagai pembangunan nasional yang pertama dan pembukaan kawasan baharu di pedalaman China, Kawasan Baharu Liangjiang berusaha untuk membina sebuah bandar pintar bagi membantu meningkatkan pembangunan pintar Chongqing, menerokai laluan baharu  bagi pembukaan peringkat tinggi, mewujudkan sebuah enjin baharu bagi pembangunan berkualiti tinggi, dan membawa pengalaman baharu bagi kehidupan berkualiti tinggi kepada rakyat mereka.

Liangjiang adalah sebuah tempat terbuka. Menampilkan platform terbuka seperti Pelabuhan Guoyuan, Kawasan Pelabuhan Terikat Lianglu Cuntan dan Bandar Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Yuelai, Kawasan Baharu Liangjiang mempunyai satu rantaian bekalan global dan satu sistem logistik antarabangsa yang maju. Biji kopi mentah, komputer riba dan kereta dapat sampai ke pasaran global dengan pantas melalui sistem pengangkutan pelbagai modal melalui Pelabuhan Guoyuan, Pelabuhan Lianglu Cuntan dan lapangan terbang. Lebih daripada 50,000 produk eksotik dari 20 buah negara tersedia di pusat pameran dan perdagangan komoditi Belt and Road di Kawasan Pelabuhan Terikat Lianglu Cuntan, agar orang ramai di Chongqing dapat membeli produk berkualiti tinggi dari seluruh dunia.

Ini adalah juga sebuah bandar pintar. Di Taman Pintar Lijia, taman pintar pertama di China, kehidupan pintar dipamerkan di merata tempat: kereta penumpang tanpa pemandu berulang-alik di jalan raya; peranti pintar memantau suhu orang ramai dalam tepat masa; robot memainkan muzik merdu. Sebagai tempat tetap bagi Ekspo Pintar China, Bandar Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Yuelai menggunakan teknologi pintar untuk memperkasakan tempat pameran dan menjadi “dewan sambutan” Chongqing untuk menghiburkan pengunjung di seluruh dunia. Zon inovasi kolaboratif Liangjiang terletak di antara gunung dan tasik, menarik lebih 20 buah universiti dan institusi penyelidikan kelas pertama. Ia merancang untuk membina sebuah komuniti penyelidikan dan kehidupan saintifik dan sebuah komuniti pengalaman ekologi yang masing-masing boleh diakses dalam masa lima minit dan sepuluh minit. Zon inovasi itu akan menggabungkan keindahan kedua-dua landskap semula jadi dan sains dan teknologi.

Ini adalah juga sebuah tempat bagi sastera dan seni. Nostalgia bagi penyajak terkenal Yu Guangzhong masih terasa di kota purba Yuelai. Pameran seni dan dewan reka bentuk menjadikan Jinshan Yiku sebagai sebuah daerah seni yang mengikuti perkembangan. Chongqing Happy Valley, taman tema gunung Happy Valley pertama di China, dan stadium sukan lasak terbesar di Asia Taman Chongqing Jihua akan menawarkan pengalaman pelancongan bandar baharu kepada pengunjung di Liangjiang. Terdapat 118 taman di Kawasan Baharu Liangjiang, memungkinkan satu pemandangan landskap yang indah hampir di merata tempat di sebuah bandar yang sibuk.

Kawasan Baharu Liangjiang telah mendorong ke hadapan pembangunan bersepadu bagi industri pintar dan industri tradisional, memudahkan transformasi industri dan meningkat dan membangunkan sebuah kluster perindustrian moden yang mantap. Usaha ini telah menarik banyak pelabur, usahawan dan pekerja. Dalam separuh pertama tahun ini, pertumbuhan KDNK kawasan itu mencapai 4.8 peratus, yang paling pantas di Chongqing. Ia telah menarik sebanyak 66.24 bilion yuan dalam pelaburan, yang terbesar di bandar itu; ekonomi perindustrian Liangjiang berkembang pada kadar yang relatif tinggi iaitu 6 peratus, dan petunjuk ekonomi utama mereka, seperti pelaburan, import dan eksport, menghalang trend penurunan secara umum. Kira-kira 98 peratus daripada projek yang baharu ditandatangani berada di dalam industri baru muncul yang strategik. Lebih 20 projek utama telah menarik pelaburan lebih dari 1 bilion yuan setiap satu, mencakupi bagi 81 peratus daripada jumlah pelaburan yang dikontrakkan. Di antaranya, pelaburan kontraktual di dalam projek sains dan inovasi mencapai 13.47 bilion yuan, meningkat 140 peratus tahun ke tahun.

Kawasan Baharu Liangjiang tidak hanya mempelopori pembangunan ekonomi Chongqing, tetapi juga mewujudkan satu platform strategik yang penting bagi Chongqing untuk mengetuai di dalam membuka dan memacukan pembukaan di China barat. Ia juga merupakan sebuah tempat terbuka yang merangkumi produk premium global, mengetuai penggunaan fesyen, dan mewujudkan sebuah kehidupan hijau, pintar dan boleh didiami.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13673

No comments:

Post a Comment