Thursday, August 27, 2020

SOALAN MENGENAI TAKAFUL? TANYA AISYA, PEMBANTU PERIBADI DALAM TALIAN BARU FWD TAKAFUL

FWD Takaful julung kalinya memperkenalkan Aisya, pembantu peribadi dalam talian.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) julung kalinya memperkenalkan pembantu peribadi dalam talian. “Aisya”, yang bermaksud “hidup penuh yakin”, mewakili rakan seharian yang sentiasa bersedia membantu rakyat Malaysia meraikan kehidupan. Aisya bersedia untuk berbual 24/7 di laman web FWD Takaful dengan sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai takaful dan tawaran terkini pelan takaful keluarga.

Aisya dicipta untuk menyediakan:
· kemudahan soal jawab ringkas bagi yang ingin memahami takaful
· sebut harga untuk produk dalam talian
· pelan yang disyorkan mengikut kesesuaian profil dan keperluan pelanggan
· maklumbalas segera sebagai alternatif selain menghubungi talian khidmat pelanggan ketika waktu bekerja atau menghantar e-mel

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, “Adalah menjadi suatu kebanggaan buat Kumpulan FWD (FWD) untuk memupuk budaya inovasi serta mengadaptasikan teknologi untuk memberikan manfaat terbaik buat pelanggan kami. Begitu juga, FWD Takaful sentiasa berusaha untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti, mengurangkan masa serta memberi pengalaman positif kepada pelanggan-pelanggan seiringan dengan visi kami iaitu untuk mengubah pandangan orang ramai tentang takaful.”

’Chatbot’ ini merupakan satu lagi langkah penting yang kami ambil dalam usaha untuk memberikan pengalaman yang lancar bagi rakyat Malaysia supaya dapat berhubung dengan kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai takaful. Aisya akan menjadi saluran alternatif yang mudah buat mereka yang mencari jawapan segera dan pantas untuk soalan-soalan lazim pada bila-bila masa dan di mana jua. Matlamat Aisya adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai takaful dalam pasaran serta membantu rakyat Malaysia memahami bagaimana produk takaful berfungsi dan manfaatnya,” tambah Salim.
 
Dapatkan tip-tip takaful segera daripada Aisya di fwd.com.my.

Mengenai FWD Takaful Berhad

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Ia adalah unit perniagaan Takaful Kumpulan FWD (FWD) - perniagaan insurans daripada kumpulan pelaburan, Pacific Century Group - yang merentasi Hong Kong & Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia; menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, faedah Takaful keluarga dan faedah pekerja merentasi beberapa pasarannya.

Sejak tahun 2013, FWD telah menumpukan usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang baru, dengan produk-produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang didorong oleh pelanggan ini, FWD akan mencapai visinya untuk menjadi peneraju insurans Asian yang mengubah pandangan terhadap insurans.

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.

Untuk pertanyaan media, sila e-mel ke media.my@fwd.com

SUMBER: FWD Takaful Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Arnee Ismail
Brand, PR & Communications, Marketing
Tel: (60) 3 2771 7776 / (60) 19 663 3390
E-mel:  arnee.ismail@fwd.com


Nama: Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
Tel: (60) 3 2771 7784 / (60) 12 294 5805
E-mel: aslinda.aminuddin@fwd.com


--BERNAMA

No comments:

Post a Comment