Thursday, August 20, 2020

PTTEP ANUGERAHI HALLIBURTON DENGAN PROJEK TRANSFORMASI DIGITAL

Penyelesai perisian mensasarkan kecemerlangan dalam pengeluaran

Projek ini termasuklah set teknologi DecisionSpace® Halliburton dan perisian pengurusan prestasi perusahaan Honeywell Forge

HOUSTON, 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PTTEP, syarikat eskplorasi dan pengeluaran petroleum kebangsaan di Thailand, menganugerahi Halliburton (NYSE: HAL) dengan satu kontrak untuk membentuk dan melaksanakan siri projek transformasi digital sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecemerlangan Pengeluaran Lanjutan (APEX) syarikat itu. APEX akan mempertingkat kecekapan operasi dan pengeluaran di empat kawasan luar pesisir: Arthit, Kawasan Besar Bongkot Selatan, Kawasan Besar Bongkot Utara dan Lapangan Myanmar Zawtika.

Landmark, sayap perniagaan Halliburton, akan mengatur Set Pengeluaran DecisionSpace® di awan bagi mempertingkat operasi pengeluaran bermula dari bawah lapisan permukaan sehinggalah kepada fasiliti pemprosesan. Platform Perusahaan DecisionSpace® akan diintegrasikan dengan Honeywell Forge, satu penyelesaian perisian analitik yang kukuh bagi menyediakan data masa sebenar dan risikan visual, supaya PTTEP dapat melaksanakan proses kerja yang lebih produktif dan cekap.

Menggunakan model-model berasaskan fizik dan sains data yang maju, penyelesaian ini merangkumi permodelan komponen permukaan dan lapisan bawah permukaan bagi mengurus dan mengoptimakan operasi bermula dari telaga sehinggalah kepada titik penghantaran. Ini termasuklah perancangan dan pengoptimaan pengeluaran jangka pendek, pemantauan dan kawalan jaminan aliran, pemantauan dan kawalan pengeluaran pasir, pengoptimaan penstabilan kondensasi, pengoptimaan membran CO2, pengoptimaan gas bahan api dan pemantauan dan analisis prestasi fasiliti pemprosesan.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Honeywell untuk menyokong PTTEP dalam perjalanan transformasi digitalnya,” kata Nagaraj Srinivasan, timbalan presiden kanan Landmark dan Halliburton Digital Solutions. “Penggunaan maksimum dan pelaksanaan teknologi digital mempertingkatkan kecekapan bagi meningkatkan pengeluaran, mengurangkan perbelanjaan operasi dan memaksimakan nilai portfolio operator.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13678

No comments:

Post a Comment