Friday, April 8, 2016

33 PERATUS PEKERJA SEKTOR KEWANGAN SANGAT TERLIBAT PADA KERJA - AIF

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Hanya satu pertiga daripada pekerja dalam
sektor perkhidmatan kewangan Malaysia membayangkan masa depan jangka panjang
dengan majikan semasa mereka dan menyokong organisasi, menurut satu
laporan oleh Institut Kewangan Asia (AIF).

    Dalam laporannya bertajuk 'The 3Es of Talent Management', AIF berkata
pekerja yang sangat terlibat di tempat kerja hanya 33 peratus manakala 45
peratus terlibat secara sederhana, 16 peratus tidak bermotivasi dan enam peratus
sangat tidak terlibat.

   Laporan 'Engagement, Enrichment and Empowerment' (3E) atau penglibatan,
memperkaya dan pemerkasaan pengurusan bakat, melibatkan lebih 3,000 profesional
kewangan di seluruh industri perkhidmatan kewangan, bertujuan membantu
organisasi memahami cara-cara untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan
mengoptimumkan prestasi organisasi.

    "3E boleh menyediakan kaedah untuk memahami bagaimana berkesan
sesebuah organisasi dalam menguruskan pekerjanya dan mewujudkan budaya yang
memastikan pekerja bermotivasi dan produktif.

    "Memandangkan cabaran bakat yang semakin hebat, organisasi perlu memikirkan
semula pendekatan di luar kaedah tradisional mereka dengan memberi tumpuan semua
usaha dan sumber kepada kepuasan pekerja," kata Ketua Pegawai Eksekutif AIF Dr
Raymund Madden dalam kenyataan hari ini.

    Menurut laporan itu, terdapat empat pemacu utama yang organisasi
perlu memberi tumpuan untuk mempunyai program penglibatan yang berkesan -
kejelasan tujuan dan hala tuju; kepimpinan; kebanggaan serta advokasi dan
ganjaran.

    "Pemacu ini mempunyai kesan yang besar ke atas tahap keseluruhan komitmen
dan kepuasan pekerja," katanya.

    Laporan itu menekankan aspek intrinsik kerja sebagai peluang untuk kemajuan,
rasa pencapaian dan peluang untuk pekerja menggunakan sepenuhnya kemahiran dan
kebolehan yang menjadi elemen penting dalam mana-mana strategi memperkaya
pekerja.

    -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment