Sunday, April 3, 2016

NANNING DISENARAIKAN DI ANTARA 10 BANDAR RAYA BAHAGIA DI CHINA PADA 2015

NANNING, China, 30 Mac, 2016 /Xinhua-AsiaNet/--
Bandar Raya Nanning di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, baru-baru ini disenaraikan sebagai satu daripada 10 Bandar Raya Bahagia di China, seperti yang diumumkan pada satu majlis penganugerahan di program televisyen Everyone's Voice Everyone's Life di China Central Television.
 
Datuk Bandar Encik Zhou Hongbo berkata, semasa menerima anugerah itu pada majlis berkenaan, 10 program yang berpusatkan kepada rakyat termasuk pengangkutan, penjagaan kesihatan dan keselamatan makanan akan dilaksanakan. Zhou juga berkata Bandar Raya Nanning kini bertukar menjadi Transit Metropolis dengan pengenalan kereta api bawah tanah, rangkaian pengangkutan awam yang dinaik taraf, lebih banyak bas yang menggunakan tenaga baharu dan basikal awam, yang akan mewujudkan sebuah persekitaran pengangkutan yang lebih mudah dan selesa dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8841

No comments:

Post a Comment