Sunday, April 3, 2016

NTT Communications Lancar SAP HANA Menu Di Enterprise Cloud

TOKYO, 1 April (Bernama) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa dalam NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan SAP HANA Menu, satu pilihan berskala untuk menggabungkan sistem pengurusan pangkalan data dalam memori SAP, SAP HANA(R) pada perkhidmatan Enterprise Cloud mereka. Dengan memanfaatkan penyelesaian awan NTT Com yang lancar, perusahaan yang mahu mengembangkan perniagaan mereka di peringkat global boleh menggunakan sistem teras termasuk SAP HANA untuk satu tempoh yang singkat dan pada kos yang rendah. Perkhidmatan itu kini boleh didapati di Jepun dan boleh didapati di negara-negara lain pada akhir tahun 2016.

Untuk melihat imej itu: http://www.ntt.com/aboutus_e/news/data/20160401a.html

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8855

No comments:

Post a Comment