Saturday, April 23, 2016

PUSAT DAGANGAN HAK CIPTA KUALA LUMPUR (KLTCC) 2016 BAKAL MEMPERKASAKAN INDUSTRI PELESENAN DAN PENERBITAN ASEAN

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) yang kini kembali untuk edisi yang ke-9 bakal memperkasakan industri perlesenan dan penerbitan di negara-negara ASEAN melalui penumpuan digital dan perdagangan harta intelek. Justeru, pusat sehenti bagi menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit di Malaysia; Kota Buku sebagai penganjur utama mengalu-alukan pencipta kandungan, peserta dan para pempamer untuk mengetengahkan harta intelek mereka di KLTCC yang akan diadakan di Pameran Taman Agro Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 7 hingga 9 Mei 2016.

Sebagai medium untuk mempromosikan perdagangan hakcipta dan hak digital, KLTCC pada tahun ini memfokuskan kepada; Page to Pitch Media 360 (P2P)(pertandingan penerbitan idea ke pelbagai platform media digital yang pertama di dunia), Simposium Industri Buku ASEAN (ABIS) (sebuah platform pertukaran idea dan ilmu tentang industri buku di ASEAN), Pocket Talks (sesi mengenai dunia kandungan dan hakcipta yang diterajui oleh pemain industri tempatan dan antarabangsa), sesi padanan perniagaan yang lebih terperinci, dan pelbagai pameran yang menarik.  

No comments:

Post a Comment