Thursday, April 14, 2016

RANCANGAN LAMBAIAN KAABAH 1437H DI IKIMFM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) menerbitkan sebuah rancangan ilmu yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan persediaan dan pemahaman sebenar berkenaan ibadat haji.
 
Menerusi Rancangan Lambaian Kaabah 1437H para pendengar akan mendapat pendedahan secara terperinci tentang pelaksanaan dan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas haji. Rancangan ini merupakan kerjasama IKIMfm dan Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji Malaysia yang mendapat penajaan daripada Bank Islam (M) Berhad selaku penaja rasmi. Rancangan 17 episod ini yang telah mula bersiaran pada 7 April 2016, akan ke udara pada setiap Khamis  bermula jam 9.15 pagi hingga 9.45 pagi (30 minit) dikendalikan oleh penyampai dalam segmen Warna Pagi. Manakala penerbit bagi rancangan Lambaian Kaabah ini adalah Maslina Alias.
 
Pengisian rancangan ini akan membincangkan tentang  Pengurusan Haji di Tanah Air, Pengelola Jemaah Haji, Fasafah Haji, Kelebihan Mekah dan Madinah, Rukun Haji, Wajib Haji dan Tawaf, Dam dan Larangan Dalam Ihram : Satu Permasalahan, Pengurusan Haji di Tanah Suci, Penjagaan Kesihatan, Permasalahan Wanita dan Haid, Ibadat Umrah, Ziarah Madinah, Sahabat TH Ibadat, Medik, dan Kaunseling, serta Permasalahan Solat di Tanah Haram. Istimewanya, rancangan Lambaian Kaabah tahun ini akan diadakan secara langsung bagi memberi peluang interaksi pendengar kepada panel jemputan yang bersiaran.
 
Antara panel jemputan  slot ini adalah Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri (AJK Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji), Yang Mulia Haji Tengku Aziz bin Raja Abdullah (Pengurus Besar Bimbingan, Lembaga Tabung Haji Malaysia), Dr Hajah Anisah Ab Ghani (AJK Penasihat Ibadat Haji), Yang Berbahagia Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman (Pengurus Besar Kanan Haji – Lembaga Tabung Haji).
 
SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Maslina Alias
Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm 
Tel : 03-6204 6265 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment