Sunday, April 3, 2016

Tawaran Masa Terhad Keio Plaza Hotel Tokyo Untuk Bilik Tetamu Hello Kitty: Hadiah Khas Anak Patung Hello Kitty Dalam Uniform Petugas Bell

TOKYO, 31 Mac (Bernama) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo amat bangga untuk mengumumkan satu tawaran masa yang terhad bagi bilik tetamu Hello Kitty dari 1 April hingga 30 Jun; sebuah anak patung asli khas Hello Kitty yang memakaikan uniform petugas bell sempena sambutan ulang tahun ke-45 operasinya sejak tahun 1971.

Bilik-bilik Hello Kitty dibuka pada tahun 2014 untuk meraikan ulang tahun ke-40 Hello Kitty pada 1 November. Keio Plaza Hotel Tokyo menawarkan sejumlah lapan buah bilik Hello Kitty, dalam dua tema "KITTY TOWN," dengan hiasan pop yang menyeronokkan, dan "PRINCESS KITTY," di mana perabotnya juga dikhususkan kepada daya tarikan Kitty. Bilik-bilik ini telah mengumpulkan perhatian media dari seluruh dunia dan amat popular di kalangan tetamu penduduk Jepun dan rakyat asing.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8846

No comments:

Post a Comment