Friday, April 1, 2016

FUKUSHIMA AKAN MEMAPARKAN DOKUMENTARI FILEM ANIMASI "LIMA TAHUN SELEPAS GEMPA BUMI JEPUN TIMUR YANG DAHSYAT"

"Surat untuk Masa Hadapan – Dalam Perjalanan Kami ke Sana-" – Laman Web Khas: http://miraitegami.jp/en/

Melenyapkan Khabar Angin yang Memudaratkan dan Menunjukkan Realiti Masa Kini Fukushima yang Dilanda Bencana

FUKUSHIMA, Jepun, 30 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kerajaan wilayah Fukushima telah mengeluarkan satu siri dokumentari animasi yang bertajuk "Surat untuk Masa Hadapan – Dalam Perjalanan Kami ke Sana-" pada 15 Februari 2016. Disampaikan sebagai sebuah antologi yang berdasarkan kepada cerita benar, animasi itu menggambarkan peristiwa yang berlaku selepas Gempa Bumi Jepun Timur yang Dahsyat dan pelbagai emosi yang dialami oleh penduduk di wilayah itu. Filem-filem animasi itu boleh diperolehi di laman web yang diwujudkan khas di: http://miraitegami.jp/en/.



No comments:

Post a Comment