Friday, May 28, 2021

EKSPO DATA BESAR ANTARABANGSA DIBUKA DI BARAT DAYA CHINA

 


Table

Ekspo data besar antarabangsa dibuka di barat daya China.


GUIYANG, China, 28 Mei, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China (CIBDIE) 2021, ekspo data besar terkemuka di negara itu, dibuka pada 26 Mei di Guiyang, ibu kota bagi Wilayah Guizhou di barat daya China, menurut Jawatankuasa Penganjur Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China.

Diwujudkan pada tahun 2015 dan dinaik taraf secara rasmi kepada sebuah ekspo kebangsaan pada tahun 2017, ekspo data besar itu telah menjadi sebuah platform antarabangsa dan profesional bagi pengembangan data besar dan juga sebagai sebuah penunjuk arah aliran perindustrian.

Acara tiga hari itu diadakan bersama oleh kerajaan tempatan dan juga perancang ekonomi, perindustrian dan pengawas maklumat terkemuka negara itu. Dengan sokongan daripada kementerian perdagangan China, ekspo itu menampilkan sudut pandangan domestik, global, perindustrian dan perniagaan.

Di bawah tema “Merangkul kecerdasan digital, Menyampaikan pengembangan baharu,” acara itu akan merangkumi persidangan, pameran, pelancaran produk baharu, pertandingan dan aktiviti lain.

Ekspo tahun ini dijadualkan secara dalam talian dan luar talian, dengan mencari kerjasama terbuka dan pengembangan bersama bagi pelbagai pihak berkepentingan. Ekspo dalam talian menawarkan perkhidmatan seperti komunikasi dalam talian, pameran dalam talian, perundingan perniagaan, forum dalam talian dan promosi tetamu, yang menampilkan pelbagai fungsi pameran.

Bandar raya Guiyang dan Daerah Baharu Gui'an, sebagai kawasan teras bagi zon perintis bersepadu data besar kebangsaan (Guizhou), telah selalu menjadi pelopor di dalam pengembangan data besar, dengan mencatatkan kemajuan pesat di dalam pertumbuhan perindustrian. Lebih daripada 5,000 perusahaan data besar dan 117 gergasi perindustrian telah berada di sini menjelang akhir tahun 2020. Nilai tambah bagi ekonomi digital telah mencapai 164.9 bilion yuan (kira-kira 25.8 bilion dolar AS), yang merangkumi 38.2 peratus daripada KDNK serantau, dan lebih separuh bagi ekonomi sebenar wilayah itu yang menampilkan elemen-elemen data besar.

Aktiviti-aktiviti khusus bagi ekspo itu adalah seperti berikut:

Persidangan: upacara pembukaan dan penutupan, serta 7 dialog kelas atasan dan 13 forum profesional.

Pameran: Pameran dalam talian dan luar talian untuk memaparkan teknologi baharu, produk baharu, skema baharu dan aplikasi baharu di dalam bidang data besar. Satu bahagian mengenai peranan data besar di dalam pencergasan semula luar bandar juga telah diwujudkan.

Pelancaran baharu: Pelancaran bagi anugerah pencapaian sains dan teknologi terkemuka bagi ekspo itu, penyelidikan mengenai kaedah dan laluan bagi pasaran faktor data, sistem ramalan global bagi COVID-19 dan kamus bagi ensiklopedia data besar, dll.

Pertandingan: Pertandingan inovasi penyepaduan APP perindustrian ke-2 dan latihan konfrontasi elit data besar dan keselamatan rangkaian Guiyang ke-6.

Aktiviti: satu rangkaian aktiviti seperti perjumpaan dan pertukaran, pengenalan bakat, ceramah malam, salun dan dialog, promosi dan menandatangani kontrak, kerjasama strategik, lawatan terancang, dll.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur Ekspo Industri Data Besar Antarabangsa China
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=392265
 
 Kapsyen: Ekspo data besar antarabangsa dibuka di barat daya China.

No comments:

Post a Comment