Wednesday, May 5, 2021

ZENAS BIOPHARMA MENGUMUMKAN PELANTIKAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF BAHARU

Hua Mu, MD, Ph.D. Presiden yang dilantik, CEO dan Pemangku CMO

Joe Farmer, CBO yang dilantik

HONG KONG dan BOSTON, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zenas BioPharma (“Zenas”), sebuah syarikat biofarmaseutikal merentas sempadan (berpangkalan di China-USA) komited dalam pembangunan dan pelaksanaan terapi berasaskan imun, hari ini mengumumkan pelantikan Hua Mu, MD, Ph.D. sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pemangku Ketua Pegawai Perubatan dan Joe Farmer sebagai Ketua Pegawai Perniagaan dan Pentadbiran.

“Kami berbesar hati dengan penyertaan Hua dalam pasukan kepimpinan eksekutif Zenas,” kata Lonnie Moulder, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif. “Pengalamannya yang luas, termasuk membangunkan dan menerajui organisasi R&D di China, dan rekod prestasinya bagi pembangunan yang berjaya dan kelulusan ubat baharu di AS dan China akan menjadi kritikal memandangkan Zenas ingin membina sebuah organisasi global dan melebarkan rancangan terapi berasaskan imun yang inovatif.”

Dr. Mu menyertai Zenas selepas menjadi pengasas bersama Overland Pharmaceuticals dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim dan Ketua Pegawai Perubatan, serta turut berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Bersekutu di Hillhouse Capital. Sebelum menyertai Overland, Dr. Mu berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Saintifik dan Presiden R&D, kemudian menjadi Ketua Pegawai Perubatan Kumpulan Simcere Pharmaceutical dan Presiden Simcere of America Inc. Sebelum menyertai Simcere, beliau ialah Naib Presiden Kanan dan Ketua Global Perkhidmatan dan Perkongsian Pembangunan Produk di WuXi AppTec. Sebelum menyertai WuXi, beliau ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Perubatan di Hutchison MediPharma di China. Sebelum ini beliau memegang jawatan eksekutif pembangunan klinikal di beberapa syarikat farmaseutikal global di AS, termasuk Biogen dan Genentech.

Dr. Mu menerima Ph.D. dari Universiti of California di Berkeley dan menamatkan latihan pascakedoktoran di Universiti of California di San Francisco School of Medicine dan University of Washington School of Medicine. Beliau menerima ijazah MD dari West China University of Medical Sciences.

“Zenas ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal inovatif yang unik terletak pada penghubung pembangunan ubat dan aliran produk antara China dengan Barat, dengan pasukan pengurusan yang luar biasa, pangkalan pelabur berkelas dunia dan rancangan program terbeza yang mengagumkan,” kata Dr. Mu. "Saya teruja ingin bekerja dengan seluruh pasukan Zenas dan rangkaian rakan kongsi untuk mencapai misi kami mengubah kehidupan pesakit yang keperluan perubatan belum dipenuhi dengan membawakan terapi berasaskan imun yang terbaik dalam kelasnya kepada dunia.”

Zenas juga mengumumkan pelantikan Joe Farmer sebagai Ketua Pegawai Perniagaan dan Pentadbiran. En. Farmer ialah seorang eksekutif biofarma handalan dengan pengalaman urus niaga dan operasi lebih kurang 25 tahun, berurusan dengan syarikat bioteknologi yang membangun pada semua peringkat pembangunan, daripada peringkat penemuan hingga peringkat pengkomersialan. Sebelum menyertai Zenas, En. Farmer berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi di Xilio Therapeutics.

Sebelum menyertai Xilio, En. Farmer ialah Penasihat Am dan Setiausaha Korporat di TESARO, beliau mengetuai majlis undang-undang global, pematuhan dan hal ehwal kerajaan serta merupakan ahli utama pasukan kepimpinan melalui pemerolehannya oleh GlaxoSmithKline pada tahun 2019. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Penasihat Korporat di Cubist Pharmaceutical melalui pemerolehannya oleh Merck pada tahun 2015 dan berkhidmat di syarikat dagangan awam lain sebagai Penasihat Am dan Ketua Pegawai Pentadbiran. En. Farmer memulakan kerjaya sebagai peguam korporat di Testa Hurwitz & Thibeault. Beliau menerima J.D. dari Boston College Law School.

“Dengan pelantikan Hua dan Joe, Zenas telah menguatkan lagi pasukan kepimpinan eksekutifnya,” kata Lonnie Moulder. “Kepakaran mereka dalam pembangunan organisasi global dan pelaksanaan strategi pembangunan korporat melalui semua fasa pembangunan dan pengkomersialan ubat akan menjadi sangat berharga dalam meneruskan usaha kami untuk memajukan program pembangunan global dan meluaskan rancangan baharu kami.”

Perihal Zenas BioPharma

Zenas BioPharma ialah syarikat biofarmaseutikal rentas sempadan (berpangkalan di China-AS) yang komited untuk menjadi peneraju global dalam pembangunan dan penghantaran terapi berdasarkan imun bagi pesakit di China dan di seluruh dunia. Zenas sedang berkembang pesat dalam rangkaian terapeutik inovatif mendalam yang terus berkembang melalui strategi pembangunan perniagaan kita yang berjaya. Pasukan kepimpinan kami yang berpengalaman dan rangkaian rakan kongsi perniagaan kami memacu kecemerlangan operasi untuk menyediakan terapi yang berpotensi transformatif untuk meningkatkan kehidupan mereka yang menghidap penyakit autoimun dan penyakit jarang jumpa. Untuk maklumat lanjut tentang Zenas BioPharma, sila lawati www.zenasbio.com dan ikuti kami di Twitter di @ZenasBioPharma dan LinkedIn.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14511

No comments:

Post a Comment