Monday, May 17, 2021

PERINTIS PRA HEALTH SCIENCES MENGHUBUNGKAN PESAKIT PERCUBAAN KLINIKAL DENGAN DATA DUNIA NYATA MEREKA BERSAMA SYNOMA

Kini, penaja farmaseutikal, bioteknologi dan penaja penyelidikan lain boleh menghubungkan kajian klinikal mereka dengan data longitudinal dunia nyata – lantas mempercepatkan pembangunan ubat, sejajar dengan Akta Cures Abad ke-21.

RALEIGH, N.C., 17 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ: PRAH) mengumumkan penyelesaian tokenisasi inovatif menggunakan Synoma®, iaitu teknologi proprietari PRA yang membolehkan penjanaan bukti dipertingkat untuk pembangunan ubat. Penyelesaian PRA memungkinkan penyambungan data percubaan klinikal dan set data sekunder dengan mengutamakan privasi. Kini, tiga syarikat farmaseutikal yang besar bersama-sama beberapa syarikat farmaseutikal dan bioteknologi lain yang terdiri daripada semua saiz, menggunakan Synoma untuk memautkan data dan membuat analisis merentasi portfolio pembangunan ubat mereka.

PERINTIS PRA HEALTH SCIENCES MENGHUBUNGKAN PESAKIT PERCUBAAN KLINIKAL DENGAN DATA DUNIA NYATA MEREKA BERSAMA SYNOMA

No comments:

Post a Comment