Friday, May 7, 2021

ZYNGA MENGADAKAN PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEH CHARTBOOST



Perolehan Menempatkan Zynga untuk Menjadi sebuah Pemimpin Baharu di dalam Pengiklanan Mudah Alih
  • Platform Pengiklanan dan Pengewangan Mudah Alih Terkemuka dengan Lebih 700 Juta Pengguna Bulanan
  • Entiti Gabungan Membawa Bersama Kandungan Tingkat Atas dan sebuah Platform Pengiklanan dan Pengewangan Pada Skala yang Terbukti
  • Perolehan Dijangka Ditutup pada Suku Ketiga 2021
SAN FRANCISCO, 6 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengadakan satu perjanjian muktamad untuk memperolehi Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan programatik mudah alih yang terkemuka. Bersama dengan pasukan mereka yang berbakat, Chartboost membawa sebuah audiens global yang melebihi 700 juta pengguna bulanan dan lebih 90 bilion lelongan pengiklanan bulanan. Bersama-sama, Zynga dan Chartboost memiliki kesemua elemen bagi sebuah platform generasi akan datang yang lengkap: kandungan berkualiti tinggi, perhubungan langsung pemain, jangkauan besar-besaran dan teknologi pengiklanan tindanan penuh yang dapat diterapkan merentasi portfolio permainan Zynga dan rakan pengiklanan Chartboost.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210505005033/en/

Chartboost adalah sebuah platform pengiklanan disatukan yang termasuk sebuah Platform Sisi Permintaan (DSP) serta Platform Sisi Bekalan (SSP) dan keupayaan pengantaraan yang disampaikan melalui satu penyelesaian SDK. Dengan memanfaatkan pembelajaran mesin termaju dan keupayaan sains data, Chartboost membawa bersama inventori premium, skala global dan penyasaran berasaskan audiens untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik.

“Chartboost adalah satu daripada platform pengewangan dan penemuan yang paling dinamik di dalam mudah alih, dan kami tidak boleh lebih teruja untuk mengalu-alukan pasukan berbakat mereka ke dalam syarikat kami,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Dengan menggabungkan portfolio permainan Zynga yang berkualiti tinggi dan data pihak pertama dengan platform pengiklanan dan pengewangan Chartboost yang terbukti, kami akan mewujudkan satu tahap baharu bagi skala audiens dan meningkatkan dengan penuh bermakna kelebihan daya saing kami di dalam ekosistem mudah alih.”

“Kami teruja untuk menyertai Zynga bagi membangun dan memperluaskan lagi platform pengiklanan tindanan penuh kami yang akan melayani Zynga dan seluruh ekosistem mudah alih itu,” kata Rich Izzo, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Chartboost. “Bersama-sama, kami berkongsi satu visi bagi masa depan di mana gabungan platform pengiklanan, analitik, dan kandungan akan mempercepatkan pertumbuhan merentasi kedua-dua syarikat kami. Zynga sudah merasa seperti keluarga dan satu sambungan bagi budaya syarikat kita sendiri.”

Zynga akan memperoleh 100% bagi Chartboost dengan harga kira-kira $250 juta dalam bentuk tunai. Pertimbangan urus niaga pendahuluan akhir akan juga termasuk pelarasan penutupan biasa dan dijangka ditutup pada suku ketiga tahun 2021.

UBS Investment Bank bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Orrick berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada Zynga di dalam urus niaga ini.

Nota Editor:

Aset seni dan siaran utama tersedia untuk digunakan di pautan berikut: https://www.dropbox.com/sh/gpdb8lz054j1hnq/AAD-9U4Q99KhwIUMMLkn6YFEa?dl=0

Maklumat mengenai Zynga

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Maklumat mengenai Chartboost

Chartboost adalah sebuah platform pengiklanan dan pengewangan programatik mudah alih yang terkemuka. Menjangkau lebih dari 700 juta pengguna bulanan dan menjanakan lebih dari 90 bilion lelongan iklan bulanan, Chartboost memberi kuasa kepada pembangun untuk memperoleh CPM yang tinggi sambil menghubungkan pemasar kepada audiens yang sangat terlibat melalui pengalaman iklan yang mengasyikkan. Chartboost mempunyai lebih 100 orang pekerja dan pejabat di San Francisco, Beijing, Barcelona dan Amsterdam. Layari kami di www.chartboost.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14524

No comments:

Post a Comment