Monday, May 24, 2021

JI'NAN AKAN MENGADAKAN ''SESI DIALOG BAGI 2021 UNTUK EKSEKUTIF DARI PERBADANAN MULTINASIONAL (JI'NAN) & PERSIDANGAN PERTUKARAN INOVASI DAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN CHINA-JEPUN

Ji'nan adalah sebuah bandar raya yang terkenal di dunia dengan mata air dan gambar ini dirakamkan di Baotu Spring, satu daripada tiga tarikan utama di Ji'nan.


JI'NAN, China, 24 Mei, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

“Sesi Dialog bagi 2021 untuk Eksekutif dari Perbadanan Multinasional (Ji'nan) & Persidangan Pertukaran Inovasi dan Pembangunan Perindustrian China-Jepun” akan diadakan di Ji'nan, ibu negeri bagi Wilayah Shandong, dari 27 hingga 28 Mei.

Shandong adalah merupakan satu daripada wilayah di China yang paling hampir berkait rapat dengan Jepun dari segi ekonomi dan perdagangan. Di China, ia berada pada kedudukan kedua dari segi jumlah penduduk dan ketiga dari segi ekonomi. Sebagai ibu negerinya, Ji'nan adalah pusat bagi politik, ekonomi, kebudayaan, teknologi, pendidikan, dan kewangan bagi Wilayah Shandong.

Menurut Biro Penggalakan Pelaburan Ji'nan, acara ini akan dianjurkan bersama oleh Kerajaan Rakyat Ji'nan, Agensi Penggalakan Pelaburan di Kementerian Perdagangan, dan Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Shandong. Acara itu bertujuan untuk memudahkan pertukaran dan kerjasama yang berfikiran praktikal dengan perbadanan-perbadanan multinasional Jepun, syarikat-syarikat terkenal, dan organisasi perniagaan antarabangsa di dalam bidang seperti kesihatan, perlindungan alam sekitar dan pengurangan pelepasan karbon, pembuatan pintar, dan ekonomi digital.

Semasa acara itu berlangsung, penganjur akan mengadakan 4 (“1 campur 3”) aktiviti utama. “1” mewakili satu aktiviti bertema yang bertujuan untuk mengiklankan peluang-peluang baharu bagi kerjasama di antara Ji'nan dan Jepun kepada peserta. Syarikat-syarikat Fortune 500, perbadanan multinasional terkenal, dan pemimpin-pemimpin industri dari Jepun seperti Sumitomo, Marubeni, Sojitz, Panasonic, Fuji, Canon, dan Mitsubishi, organisasi antarabangsa dan persatuan-persatuan perniagaan seperti Japan Management Association dan China-Japan Digital General Chamber of Commerce akan menghadiri aktiviti tersebut.

Di tapak itu, akan diadakan upacara menandatangani bagi projek-projek penting dan upacara pembukaan bagi Pusat Inovasi & Pembangunan Perubatan China-Jepun di Ji'nan dan Kyoto. “3” melambangkan tiga aktiviti selari untuk merundingkan pertukaran dan kerjasama di antara syarikat-syarikat China dan Jepun di dalam bidang seperti kesihatan, perlindungan alam sekitar dan pengurangan pelepasan karbon, dan pembuatan digital. Semasa acara tersebut, syarikat-syarikat Jepun akan juga dijemput untuk melawat taman-taman industri utama.

JI'NAN AKAN MENGADAKAN ''SESI DIALOG BAGI 2021 UNTUK EKSEKUTIF DARI PERBADANAN MULTINASIONAL (JI'NAN) & PERSIDANGAN PERTUKARAN INOVASI DAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN CHINA-JEPUN

No comments:

Post a Comment