Thursday, May 27, 2021

GMAC MELANCARKAN MIKROTAPAK RASMI CINA UJIAN GMAT™

 Laman web baharu bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada bakal pelajar dari rantau tersebut yang melanjutkan pelajaran dalam ijazah siswazah perniagaan

RESTON, Va., 27 Mei (Bernama) -- Graduate Management Admission Council™(GMAC™), sebuah persatuan sekolah perniagaan global yang terkemuka dan pentadbir Graduate Management Admission Test™ (GMAT™), hari ini mengumumkan pelancaran laman web rasmi Cina ujian GMAT™, GMAT.com.cn. GMAT merupakan alat penilaian terkemuka dalam kalangan himpunan bakat besar di rantau China selama lebih daripada enam dekad yang digunakan secara meluas untuk kemasukan siswazah sekolah perniagaan dan diterima oleh lebih daripada 7,000 program perniagaan siswazah di seluruh dunia.

Mengiktiraf minat yang semakin meningkat dalam pendidikan pengurusan siswazah (GME), GMAC menubuhkan mikrotapak bagi bakal pelajar dari rantau tersebut untuk mengakses maklumat yang tepat, menyeluruh dan berwibawa tentang GMAT dan GME dalam bahasa ibunda mereka dengan lebih mudah dan selesa. Melalui kandungan setempat dan disasarkan, laman web China GMAT, serta akaun WeChat rasmi GMAT yang telah dilancarkan awal tahun ini, menyediakan platform digital penting untuk mencipta dan mengukuhkan hubungan antara bakat berbahasa Cina dan sekolah perniagaan terkemuka dunia di rantau tersebut dan sekitarnya, dan mengisi jurang maklumat dalam pasaran.

“China telah berkembang menjadi rantau terbesar kedua untuk GMAT, selepas Amerika Syarikat,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Memandangkan vaksin telah tersedia dengan lebih meluas dan berharap pemulihan ekonomi bermula secara menyeluruh, kami menjangkakan lebih banyak pergerakan dan menantikan lebih ramai pelajar Cina yang memulakan dan kembali meneruskan perjalanan pendidikan perniagaan siswazah di negara mereka atau di luar negara, memanfaatkan platform bahasa Cina baharu yang kami tawarkan hari ini.”

Menurut Laporan Tinjauan Bakal Pelajar 2021 mba.com GMAC diterbitkan pada bulan Mac, tahap kebimbangan tentang kesan COVID-19 telah semakin menurun. Secara khususnya, peratusan responden Cina melaporkan bahawa mereka sangat atau amat bimbang telah menurun daripada 71 peratus pada bulan Julai 2020 kepada 48 peratus pada bulan November tahun lepas. Laporan tersebut juga mendapati bahawa rancangan responden Cina untuk melanjutkan MBA mereka di luar negara tidak mengubah rancangan asal mereka walaupun berlaku pandemik, dengan 89 peratus merancang untuk melanjutkan MBA mereka di Amerika Syarikat dan 55 peratus di United Kingdom, menjadikan dua buah negara ini destinasi utama yang mereka pertimbangkan.

“Minat dan keinginan mendalam bakat perniagaan China untuk melanjutkan pengajian pengurusan siswazah tidak berkurang tetapi hanya ditangguhkan,” kata Yuan Ding, naib presiden dan dekan CEIBS serta lembaga pengarah GMAC. “Laman web rasmi Cina GMAT akan membantu menghubungkan bakat perniagaan Cina di seluruh dunia dengan sekolah perniagaan global dan tidak meninggalkan mana-mana bakat yang belum ditemui.”

Lebih daripada tujuh juta calon yang sedang menjalani pengajian sarjana perniagaan atau MBA telah melawati mba.com ― portal maklumat dan sumber pendidikan siswazah kemegahan GMAC ― untuk menerokai pilihan sekolah perniagaan, bersedia dan mendaftar untuk ujian serta mendapatkan nasihat tentang proses kemasukan. GMAC komited dalam menyokong matlamat bakal pelajar Cina yang ingin bersedia dan mendaftar untuk ujian GMAT.

Perihal GMAC™

Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah di dunia. Diasaskan pada 1953, GMAC mewujudkan penyelesaian dan pengalaman yang membolehkan sekolah perniagaan dan calon untuk menerokai, menilai, dan berhubungan antara satu sama lain dengan lebih baik.

GMAC™ menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, persidangan industri, alat perekrutan dan penilaian untuk industri pendidikan pengurusan siswazah, serta alat, sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu membimbing calon melalui perjalanan pendidikan lebih tinggi mereka. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Graduate Management Admission Test™, ujian(GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan. GMAC™ juga memiliki dan mentadbir peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT™) dan Penilaian Eksekutif (EA). BusinessBecause dan MBA Tour ialah subsidiari GMAC™, sebuah organisasi global dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila layari www.gmac.com

Orang Hubungan Media:
Teresa Hsu
Pengurus Kanan, Hubungan Media
202-390-4180 (mudah alih)
thsu@gmac.com

SUMBER : Graduate Management Admission Council

No comments:

Post a Comment