Monday, May 17, 2021

PEMIMPIN-PEMIMPIN PERNIAGAAN DAN DASAR MENANDATANGANI SURAT KEPADA PRESIDEN BIDEN MENDESAK KEPIMPINAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MEMPERCEPATKAN USAHA PEMVAKSINAN GLOBAL

NEW YORK, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sekumpulan 16 pemimpin perniagaan dan dasar antarabangsa hari ini menerbitkan sepucuk surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat Joseph R. Biden dengan menggesa beliau untuk “menunjukkan kepimpinan Amerika Syarikat yang tegas sekarang” bagi memerangi wabak Covid-19 yang semakin serius di Amerika Latin, Eropah dan Asia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210511006247/en/

“Amerika Syarikat harus bertindak sekarang untuk memanfaatkan pengeluaran vaksin domestik Amerika Syarikat yang semakin meningkat dengan pesat, mengeksport lebihan bekalan kita yang semakin besar, dan berusaha untuk menangani cabaran teknikal dan logistik yang besar untuk pengembangan vaksin pada skala global,” menurut surat itu, dengan melihat penyebaran berleluasa bagi virus itu di tempat-tempat seperti India dan Filipina dan besar kemungkinan terjadinya mutasi yang akan menular secara global jika ia tidak disekat.

Surat itu juga menyatakan penolakan terhadap pengecualian harta intelek yang dipromosikan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia, dengan menyatakan bahawa langkah itu “tidak akan membuat sebarang perbezaan dan mendatangkan lebih banyak keburukan” dengan tidak mempertimbangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembuatan vaksin dengan selamat.

Teks lengkap bagi surat itu dilampirkan. Dimulakan oleh Maurice R. Greenberg, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi C. V. Starr & Co., Inc., surat itu juga ditandatangani oleh: Ken Langone, Pengerusi bagi Lembaga Pemegang Amanah bagi NYU Langone Health; Setiausaha William Cohen; Noel V. Lateef, Persatuan Dasar Luar Negeri; Duta Carla A. Hills; Duta John D. Negroponte; Duta John F. Maisto; Alexander Feldman, Majlis Perniagaan ASEAN Amerika Syarikat; Suzanne Clarke, Dewan Perniagaan Amerika Syarikat; Dr. Michelle McMurray-Heath, Pertubuhan Inovasi Bioteknologi (BIO); Adam S. Posen, Institut Peterson bagi Ekonomi Antarabangsa; Hank Hendrickson, Persatuan Filipina Amerika Syarikat; Dr. John J. Hamre, Pusat bagi Kajian Strategik & Antarabangsa; Dimitri Simes, Pusat bagi Kepentingan Nasional; Duta Mark Green; dan Dr. Robert Goldberg, Pusat bagi Perubatan dalam Kepentingan Umum.

PEMIMPIN-PEMIMPIN PERNIAGAAN DAN DASAR MENANDATANGANI SURAT KEPADA PRESIDEN BIDEN MENDESAK KEPIMPINAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MEMPERCEPATKAN USAHA PEMVAKSINAN GLOBAL

No comments:

Post a Comment