Saturday, May 29, 2021

GMAC MENGALU-ALUKAN SEKOLAH PERNIAGAAN AMERIKA LATIN TERUNGGUL SEBAGAI AHLI TERBAHARU

EGADE Business School membawa kepelbagaian dan prestij kepada Majlis

RESTON, Va., 28 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) hari ini mengumumkan bahawa EGADE Business School di Tecnológico de Monterrey telah menjadi ahli terbaharu Majlis tersebut. Terletak di Mexico, EGADE Business School dipilih kerana program bertaraf dunia dan pengiktirafan antarabangsanya di dalam dan luar Amerika Latin, menambahkan perwakilan yang hebat bagi rantau tersebut kepada persatuan global yang membentuk 229 sekolah perniagaan teratas di seluruh dunia itu.

“EGADE Business School di Tecnológico de Monterrey telah membina reputasi yang diiktiraf secara global sebagai institusi pendidikan perniagaan Amerika Latin yang terkemuka, komited untuk memperkasa pemimpin keusahawanan yang mewujudkan nilai perkongsian dan mengubah masyarakat,” kata Dr. Osmar Zavaleta, dekan interim di EGADE Business School. “EGADE komited terhadap pertukaran idea dan amalan terbaik dengan rakan sejawat global kita dan keahlian GMAC menyediakan platform yang bernilai untuk meningkatkan pertukaran itu dengan sekolah ahli GMAC yang lain”.  

“Pandemik ini telah mengajar kita untuk menjadi inovatif dan mudah suai dalam persekitaran dunia saling hubung yang terganggu,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Kami menghargai visi global dan pendekatan holistik yang dibawakan oleh EGADE Business School dan menanti-nantikan sumbangan mereka untuk kemajuan pendidikan pengurusan siswazah.” 

EGADE Business School merupakan antara kumpulan institusi yang terpilih pada peringkat antarabangsa untuk memegang “tiga mahkota” kecemerlangan daripada tiga sistem akreditasi global utama untuk penilaian kualiti pendidikan perniagaan dan penambahbaikan berterusan: Persatuan untuk Memajukan Sekolah Kolej Perniagaan (AACSB), Persatuan MBA (AMBA) dan Sistem Penambahbaikan Kualiti EFMD (EQUIS). Bagi tahun keempat berturut-turut pada tahun 2021, EGADE Business School telah menduduki tempat teratas dalam kedudukan Quacquarelli Symonds (QS) di Mexico dan Amerika Latin untuk program MBA Sepenuh Masa Inovasi & Keusahawanan dan Ijazah Sarjana Kewangan dan muncul buat kali pertama sebagai peneraju serantau untuk program Ijazah Sarjana Pengurusan yang baru diperkenalkan.

Untuk dipertimbangkan bagi keahlian dalam GMAC, sekolah mesti mengekalkan proses kemasukan terpilih; menawarkan program siswazah pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara; dan menunjukkan sokongan kepada misi GMAC melalui penggunaan produk dan perkhidmatannya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14585

No comments:

Post a Comment