Friday, May 7, 2021

KENYATAAN MEDIA MANFAATKAN 10 TERAKHIR RAMADAN, RAIH PAHALA BERGANDA

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Memasuki 10 terakhir Ramadan, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyeru semua umat Islam untuk menyegerakan kewajipan menunaikan zakat bagi meraih ganjaran pahala berganda.

Kita kini masih berada dalam situasi berjuang melawan pandemik Covid-19. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan telah menyebabkan banyak sektor pekerjaan lumpuh sehingga ada syarikat yang terpaksa memberhentikan pekerja dan menutup perniagaan. Situasi ini agar sukar untuk dilalui oleh mereka yang terkesan untuk meneruskan kehidupan dan secara tidak langsung melahirkan ramai asnaf baharu.

Sebagai sebuah institusi zakat, kami amat memandang serius perkara ini dan  ingin menyeru mereka yang masih bernasib baik untuk tampil membantu dan menunaikan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP di samping dapat merebut ganjaran pahala berganda.

Sesuai dengan moto “Memudahkan Anda Berzakat”, PPZ-MAIWP sentiasa berusaha menyediakan pelbagai kemudahahan perkhidmatan dan saluran bayaran bertepatan dengan keadaan semasa kini. 
 
KENYATAAN MEDIA MANFAATKAN 10 TERAKHIR RAMADAN, RAIH PAHALA BERGANDA

No comments:

Post a Comment