Friday, December 16, 2022

BERGERAK MAJU DENGAN 'STEAM' (SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN, SENI DAN MATEMATIK) DI HADAPAN: MARY KAY MENGANUGERAHKAN ENAM GERAN KEPADA PERINTIS WANITA MUDA GLOBAL DALAM BIDANG STEAM


Table

Mary Kay Inc. memberikan geran kepada wanita muda yang membuat kemajuan besar dalam bidang berkaitan STEAM di seluruh dunia. (Grafik: Mary Kay Inc.)


Program Geran Global dan Kempen Sosial Menonjolkan Wanita Muda Mengubah Dunia melalui Sains, Inovasi dan Norma Jantina yang Mencabar

DALLAS, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai peneraju global dalam pemerkasaan wanita dan sains berinovatif, Mary Kay Inc. mengumumkan enam penerima program geran Wanita Muda dalam STEAM 2022 atas sumbangan besar yang diberikan kepada bidang STEAM di seluruh dunia – sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik.

Pada tahun 2020, Mary Kay melancarkan program geran Wanita Muda dalam STEAM dan kempen sosial untuk membantu mengalihkan persepsi “wajah sains,” dan menggalakkan wanita muda untuk menceburi laluan kerjaya STEAM. Menurut UNESCO, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu, wanita masih kekal sebagai minoriti yang ketara dalam bidang saintifik dan kurang diwakili dalam bidang seperti pengkomputeran, teknologi maklumat digital, kejuruteraan, matematik dan fizik.

“Di Mary Kay, kami meraikan wanita muda yang menerima pendidikan tinggi dan kerjaya dalam bidang STEAM sambil kami terus membantu merapatkan jurang jantina dan kurang kecenderungan dalam bidang saintifik dan berkaitan,” ujar Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains untuk Mary Kay Inc. “Bukan lagi rahsia bahawa wanita kurang diwakili dalam industri STEAM dan kami mahu membantu mengubahnya dengan menyediakan geran berimpak tinggi bertujuan menggalakkan wanita muda meneruskan usaha mereka dalam bidang berkaitan STEAM. Penerima Geran Wanita Muda dalam Bidang STEAM 2022 kami merintis bidang tersebut di seluruh dunia dan membantu menyelesaikan beberapa masalah manusia yang paling kompleks melalui sains dan inovasi. Kami berbangga mengiktiraf sumbangan mereka dan dengan menyokong wanita muda yang luar biasa ini, kami meneruskan misi Mary Kay yang kuat demi memperkaya kehidupan wanita di seluruh dunia.”

Penerima program geran Wanita Muda dalam STEAM 2022 anjuran Mary Kay dipaparkan dalam saluran media sosial global syarikat dan akan menerima geran berjumlah USD $2,500 bagi membantu usaha STEAM semasa atau pada masa akan datang mereka.

Penerima geran Wanita Muda dalam Bidang STEAM 2022 ialah:

• Angela Busheska, 20 (Macedonia) – Usahawan sosial dan inovator penyelidikan terinspirasi untuk menceburi laluan kerjaya STEAM selepas menyertai pasukan Olimpik matematik gred ke-7 apabila beliau amat meminati dengan penyelesaian masalah. Sebagai pembangun aplikasi EnRoute, Busheska membantu pengguna menjalani gaya hidup lebih mampan dengan menggunakan algoritma pembelajaran mesin bagi membantu pengguna meninggalkan fesyen yang pantas. Beliau menggalakkan wanita muda lain menyertai bidang STEAM dan berharap dapat melihat manusia menggunakan teknologi STEAM untuk kebaikan sosial yang lebih besar.

• Fengyun Chen, 17 (China) – Projek beliau melibatkan fizik dan peranan tenaga bersih dalam kelestarian alam sekitar. Pada tahun 2017, Chen mengasaskan Tenaga Yun (Yun Energy), suatu persepakatan inovasi sains dan teknologi yang memberikan perkhidmatan kepada 20,000 individu setiap tahun melalui kursus dalam pencerahan saintifik dan fizik. Beliau menjalankan penyelidikan selama 30 hari bersama bapanya yang turut membawa kepada penciptaan Peranti Pengagihan Air Kuasa yang Dijanakan oleh Tenaga Geoterma dan Udara 3.0. Beliau percaya pendidikan STEAM membolehkan pelajar meneroka idea praktikal melalui pengujikajian amali yang merangsang kreativiti dan imaginasi.

• Farzana Alam Eshita, 23 (Australia) – Sebagai jurutera awam dan pelajar yang memperoleh kepujian dari Universiti Monash di Australia, projek tahun akhir Eshita memberikan tumpuan kepada penyelidikan pembangunan jaluran ricihan dalam jaluran pasir yang dimuatkan secara tiga paksi dengan menggunakan tomografi berkomputer sinar-x. Projek semasa beliau juga merangkumi kejuruteraan projek jalan raya utama menurut standard Australia dan pembangunan struktur kompleks sukan mercu tanda yang menonjolkan kecemerlangan dalam reka bentuk dan seni bina bandar. Eshita percaya menjadi seorang wanita dalam bidang STEAM menawarkan pelbagai manfaat termasuk peluang mendapatkan keyakinan, menambah baik kebolehan menyelesaikan masalah dan membangunkan prospek pendidikan dan pekerjaan baharu.

• Aruna Sherma, 20 (Jerman) – Projek beliau memberikan tumpuan kepada membangunkan agen kontras alternatif untuk imbasan MRI yang menggantikan agen konvensional, gadolinium. Sebagai pelajar fizik, Sherma telah menjalankan aktiviti di empat makmal berbeza untuk membangunkan agen kontras dan siri ujian di Universiti Hamburg telah menunjukkan ia bioserasi dengan kesan lebih kuat dalam imbasan MRI pada dos lebih rendah berbanding kontras konvensional. Walaupun mata pelajaran STEAM boleh menggentarkan ramai individu, beliau percaya bahawa kepelbagaian adalah penting dalam semua bidang dan merasakan wanita mempunyai berkebolehan yang sama seperti lelaki dalam membentuk masa depan teknologi dan penyelidikan.

• Jingyuan Xu, 31 (Jerman) – Pakar teknologi penukaran tenaga dan juara tenaga mampan ialah felow penyelidikan di Institut Teknologi Karlsruhe di Jerman. Penyelidikan Xu memberikan tumpuan kepada teknologi tenaga mampan bertujuan menyediakan penyelesaian ekonomi dalam penyejukan, pemanasan dan kuasa. Beliau mempunyai minat mendalam untuk menggunakan pengetahuan dan kepakarannya bagi meminimumkan penggunaan tenaga utama global dan mengurangkan pelepasan CO2. Beliau berpendapat bahawa wanita dalam STEAM meningkatkan semangat berpasukan dan kepelbagaian yang muncul dengan keterangkuman menghasilkan sains yang lebih baik. Beliau menggalakkan wanita muda menceburi bidang STEAM dengan penuh semangat dan melakukan perkara yang paling disukai demi menyumbangkan manfaat kepada dunia dengan kejayaan cemerlang dalam bidang sains.

• Eizelle Yee, 30 (Filipina) – Yee ialah pakar alam sekitar, arkitek dan usahawan dan di samping itu, beliau ialah anggota pengasas Pocket Garden, kolektif reka bentuk ruang awam dimulakan oleh sekumpulan sukarelawan yang mencipta dan mereka bentuk ruang hijau boleh kongsi bersama di Filipina. Beliau percaya wanita mempunyai pandangan yang tajam terhadap perincian yang membantu menggabungkan seni dan sains dengan cara teratur. Apabila melihat dari sudut inisiatif STEAM, beliau berpendapat bahawa kerjasama antara pelbagai budaya dan tradisi boleh membawa ciptaan yang terangkum dan boleh dikaitkan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik.

Untuk maklumat lanjut mengenai program geran Wanita Muda dalam STEAM, sila kunjungi https://newsroom.marykay.com/.

Maklumat Tentang Mary Kay
Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mendirikan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di hampir 40 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang menumpukan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, menghiasi komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam FacebookInstagram dan LinkedIn, atau ikutinya dalam Twitter.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53076046/en

Bahagian untuk dihubungi
Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment