Friday, December 30, 2022

ICIF KE-18 DIBUKA DI SHENZHEN UNTUK MENDAPATKAN KERJASAMA KEBUDAYAAN GLOBAL

SHENZHEN, China, 30 Dis., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa (ICIF) China (Shenzhen) ke-18 bermula pada 28 Disember, 2022. ICIF tahun ini diadakan terutamanya secara di luar talian, dengan dilengkapi dengan pameran dalam talian yang disegerakkan. Adalah dianggarkan lebih 2,500 delegasi kerajaan, institusi kebudayaan dan perniagaan akan menghadiri pameran itu di tapak, manakala 800 institut dan perusahaan akan menyediakan gerai secara dalam talian.

ICIF itu adalah pameran kebudayaan yang pertama di China yang diiktiraf oleh Persatuan Global bagi Industri Pameran (UFI). Sejak penubuhannya di Shenzhen pada tahun 2004, pameran itu telah menyaksikan peningkatan yang berterusan di dalam skala pameran, penonton dan tahap pengantarabangsaan. Ia kini telah berkembang menjadi sebuah enjin utama untuk pertumbuhan perindustrian kebudayaan China, serta sebuah platform dan jendela yang penting untuk menyebarkan budaya China ke seluruh dunia, menurut Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen.

Menurut statistik, setiap tahun, ICIF mengumpulkan lebih 100,000 barang pameran daripada industri kebudayaan dan kreatif di dalam dan luar negara, dan lebih daripada 4,000 projek pelaburan dan pembiayaan kebudayaan dipamerkan dan diperdagangkan di pameran itu. Dengan mengambil bahagian di dalam acara itu, pelbagai perniagaan dan institusi luar negara yang cemerlang telah berjaya mengembangkan pasaran mereka dan menemui peluang baharu untuk kerjasama dan pembangunan.

ICIF KE-18 DIBUKA DI SHENZHEN UNTUK MENDAPATKAN KERJASAMA KEBUDAYAAN GLOBAL

No comments:

Post a Comment